Farid Kamil kata ditawar rasuah RM5 juta untuk maafkan Najib dan Rosmah

Posted by Kerah Lekung on Friday 9 November 2018

Farid Kamil kata ditawar rasuah RM5 juta untuk maafkan Najib dan Rosmah. PELAKON terkenal Farid Kamil mendakwa beliau pernah ditawar wang rasuah RM5 juta untuk memaafkan Najib dan Rosmah.

Beliau mendedahkan perkara itu dalam satu temubual dalam program "Sila duduk jangan lari," terbitan TV Al-Hijrah.

"Dia kata ambil duit ni dan maafkanlah Najib dan juga Rosmah," katanya.

Menurut Farid, RM5 juta yang ditawarkan kepadanya itu dirasakan terlalu banyak dan agak luarbiasa permintaannya.

farid kamil

"Saya sebenarnya hilang kepercayaan kepada kerajaan terdahulu disebabkan mereka telah menghantar orang, untuk rasuah saya RM5 juta dan saya tak ambil," katanya lagi.

Menurut Farid, tindakannya yang menolak tawaran rasuah RM5 juta itu telah membawa kepada akibat lain yang terpaksa ditanggung olehnya kemudian.

Berikut rakaman video pengakuan berkenaan.



Sumber asal: Farid Kamil kata ditawar rasuah RM5 juta untuk maafkan Najib dan Rosmah

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment