Apa nasib dua budak kena belasah depan kuil?

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 29 November 2018

Apa nasib dua budak kena belasah depan kuil?. SEJAK mula tersebar video dua orang budak menunggang motosikal dibelasah oleh perusuh ketika melalui jalan depan Kuil Sri Maha Mariamman, satu Malaysia tertanya-tanya apakah nasib mereka.

Mana tidaknya, ada segelintir individu tertentu "menangguk di air keruh," sebarkan cerita palsu, kononnya mereka berdua telah meninggal dunia, siap ada gambar palsu yang disebarkan.

BACA — Budak kena belasah depan kuil.

Bagi mereka yang mudah tertipu tentu sekali percaya berita palsu tersebut, namun bagi yang bijak pula akan mempersoalkan kesahihaan cerita itu, jika benar mereka meninggal dunia, takkanlah tak dilaporkan oleh media.

Hasil tinjauan aku di media sosial, tentang nasib dua orang budak tu, aku dapat maklumat kedua-duanya selamat.

Salah seorang sahabat kita bernama Shah Nizan di facebook memberitahu kedua-dua budak tersebut telah diselamatkan, difahamkan mereka dipukul tetapi tidaklah terlalu teruk.

"Dua orang budak tu dah diselamatkan tetapi kena pukul tak teruk sangat. Lepas kejadian polis dah ambil dua orang budak ni Dan telah buat report di balai, sekian," tulisnya.

Shah Nizan turut berkongsi gambar mangsa.

budak kena belasah depan kuil

Sumber kedua, Suriani Hani mendakwa salah seorang budak yang kena belasah (berbaju merah) adalah anak dia.

Dakwanya, ketika kejadian anaknya itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Dia nak pergi kerja, lagipun itu laluan dia hari-hari pergi kerja," tulis Suriani.

Berhubung keadaannya pula, dia mengesahkan anaknya masih selamat dan sihat. Kenderaan motorsikal yang baru dibeli, ditunggangi anaknya pula dikatakan hancur.

"Okay dah tu, sakitlah tubuh kena pukul ramai-ramai ni, dah buat report semua dah," katanya.

Aku tak berapa faham loghat Kelantan so kau orang baca sendirilah apa dia tulis kat bawah ni.




Sumber asal: Apa nasib dua budak kena belasah depan kuil?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment