Edi Rejang kena buang kerja selepas maki gadis promoter arak. EDI Rejang, lelaki dalam rakaman video yang memaki gadis 'promoter' arak, didakwa kena buang kerja serta merta selepas perbuatannya itu tersebar di media sosial.
Edi Rejang yang telah bekerja selama 10 tahun di syarikat berkenaan juga dikatakan menangis teresak-esak mengadu hal itu kepada salah seorang rakannya.
"Saya bukan nak sokong Edi. Tapi hari ini, Edi Rejang jumpa saya menangis teresak, syarikat yang dia kerja selama 10 tahun buang dia serta merta," tulis @fiqsunny Twitter, kawan kepada Edi Rejang.
Rakan Edi itu turut menceritakan serba sedikit latar belakang Edi Rejang di akaun twitter berkenaan.
"Mengenai isu Edi Rejang. Dia kenalan saya di flat. apabila viral isu berkenaan saya terkejut dan kesal dengan tindakan berkenaan." tulisnya memulakan cerita.
"Tapi hari ini saya berkesempatan pulang ke flat dan temui beliau. Beliau menangis terisak."
"Saya cerita peribadi, Edi Rejang. Saya tak berapa rapat tapi kenal. Bila kau tinggal flat, semangat toleransi kau lebih tinggi dari tempat lain. Sering Saya tengok dia bantu orang lain. Dia urus keluarga dengan baik."
"Setiap hari saya akan nampak dia hantar anak ke sekolah. Anak dia sekolah jenis Kebangsaan, sekolah cina. Edi Rejang mungkin tak berpendidikan, tapi dia tak lupa beri pendidikan terbaik kepada anak-anak,"
"Saya bukan nak sokong Edi. tapi hari ini Edi Rejang jumpa saya menangis teresak syarikat yang dia kerja selama 10 tahun buang dia serta merta,"
"Isteri tak kerja. Edi Rejang ada anak-anak yang perlu ditanggung. Edi Rejang mungkin bodoh tapi macam mana nasib anak dan isteri,"
"Edi Rejang hanya maki seorang. Tapi Edi Rejang dan keluarga dimaki bertubi-tubi oleh ribuan masyarakat. Wajah dia terpampang di pelbagai media. Ini harga yang patut dia terima hasil kebodohan dia."
"Saya berani jamin tindakan Edi Rejang bukanlah mempunyai sebarang motif politik hanya kebodohan melulu beliau."
"Saya cuma buat kebaikan fikirkan nasib keluarga Edi Rejang Saya tak mahu bela perkara dan kebodohan Edi Rejang. Saya hanya mahu pastikan kebodohan beliau tidak diwarisi," tulisnya.
Edi Rejang telah memohon maaf secara terbuka melalui rakaman video yang tersebar sebelum ini.
BACA — Edi Rejang mohon maaf secara terbuka
Sumber asal: Edi Rejang kena buang kerja selepas maki gadis promoter arak
Home » ReJaM© » Edi Rejang kena buang kerja selepas maki gadis promoter arak
Edi Rejang kena buang kerja selepas maki gadis promoter arak
Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 21 November 2018
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment