Kerajaan tak halang himpunan bantah ICERD — Muhyiddin

Posted by Kerah Lekung on Monday 19 November 2018

Kerajaan tak halang himpunan bantah ICERD — Muhyiddin. MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata kerajaan tidak menghalang Himpunan Aman Bantah Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum yang akan diadakan pada 8 Disember bulan depan.

Muhyiddin Yassin

Katanya pihak polis akan memantau penganjuran himpunan itu dan memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku.

"Di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Kami sangat terbuka kerana ini adalah negara demokrasi. Kita terbuka untuk sesiapa pun menyuarakan kebimbangan mereka," Kata beliau seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insight.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap dalam Himpunan Perpaduan Ummah bersama PAS di Pasir Salak pada malam Sabtu, telah mengumumkan rancangan untuk menganjurkan perhimpunan itu.

Ramai pemimpin kanan kerajaan Pakatan Harapan yang telah menyatakan bantahan terhadap ratifikasi ICERD, Tun Mahathir juga turut mengatakan bahawa mustahil kerajaan boleh laksanakan ICERD kerana ia memerlukan sokongan ahli parlimen pembangkang.

BACA - Perlu sokongan Ahli Parlimen Umno dan PAS untuk laksana ICERD
Sumber asal: Kerajaan tak halang himpunan bantah ICERD — Muhyiddin

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment