Dalam erti kata lain, ICERD tidak akan dapat diratifikasikan sekiranya ahli parlimen dari Umno dan PAS tidak mahu menyokongnya.
Ini kerana, ratifikasi ICERD memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan, untuk meminda perlembagaan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat diperlukan.
Dalam keadaan sekarang, kerajaan Pakatan Harapan tidak memiliki majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat. Tambahan pula kebanyakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan sendiri tidak menyokong ICERD.
Perdana Menteri, Tun Dr Maharhir, turut mengakui bahawa ratifikasi ICERD memerlukan sokongan dari pembangkang kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan.
"Pindaan kepada perlembagaan memerlukan dua pertiga majoriti, dan ketika ini kerajaan tidak mempunyai majoriti itu,"
"Hanya dengan sokongan pembangkang barulah kita akan dapat dua pertiga. Tapi jika begitu pun, Ahli Parlimen kerajaan sendiri tidak menyokong (ICERD),"
"Jadi saya rasa hampir mustahil untuk kita capai majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda perlembagaan," — Tun Mahathir, 18 November 2018
Jadi jelas di sini, tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pembangkang iaitu Umno dan PAS ialah memastikan Ahli Parlimen parti mereka tidak menyokong ICERD di parlimen sekiranya undi belah bahagi dijalankan (itu pun kalau ada).
Tanpa sokongan Umno dan PAS, ICERD mustahil dapat dilaksana atau diratifikasikan.
Tindakan pimpinan Umno dan PAS bergabung mengajak orang ramai berhimpun bantah ICERD di Kuala Lumpur sekadar meraih "political milage," dan nak tunjuk kononnya mereka pejuang bangsa dan agama, sambil-sambil itu bolehlah mempopularkan diri berucap depan peserta himpunan.
Selain itu mereka seperti biasa memang suka mengapi-apikan isu agama dan bangsa untuk membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu.
Macam tak biasa pulak, memang itulah bahan politik Umno dan PAS, kalau tak main isu bangsa, mereka main isu agama, pusing, pusing dan ulang, ulang benda yang sama.
Padahal nak gagalkan ICERD tak susah, jangan sokong di parlimen, selesai. Ahli parlimen PH pun majoritinya tak sokong ICERD, tak ada isu pun.
*** "Fikirlah sendiri, itupun kalau kau ada otak..."
Sumber asal: Perlu sokongan ahli parlimen Umno dan PAS untuk laksanakan ICERD
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment