TOL SUNGAI NYIOR JANJI TAK BETUL ADA HATI MAHU HAPUS TOL JAMBATAN PULAU PINANG

Posted by Kerah Lekung on Sunday 15 April 2018

TOL SUNGAI NYIOR JANJI TAK BETUL ADA HATI MAHU HAPUS TOL JAMBATAN PULAU PINANG.
Lim Guan Eng konon mahu hapus tol laluan Sungai Nyior pada 2008 tapi janji hanya dusta sahaja.

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan sehingga hari ini, tol di lebuh raya itu yang merupakan sebahagian Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR), bukannya dimansuhkan malah naik lagi lebih 100 peratus.

Selepas menang lagi PRU ke-13 pada 2013, Guan Eng membiarkan sahaja penduduk menanggung azab apabila kadar tol meningkat daripada hanya 50 sen ketika era Barisan Nasional (BN) kepada RM1.20 mulai 2015.

Sekarang janji lagi konon mahu hapus tol Jambatan Pulau Pinang jika masih menang PRU ke-14.

Guan Eng terus bermain sandiwara memperbodohkan rakyat Pulau Pinang dengan janji kelakar tersebut semata-mata kerana takut dengan manifesto BN negeri itu mahu mansuh tol motosikal di dua jambatan berkenaan.

Bagaimana projek mega Guan Eng, terowong Pulau Pinang? Terowong tersebut ada tol ke?
Sumber asal: TOL SUNGAI NYIOR JANJI TAK BETUL ADA HATI MAHU HAPUS TOL JAMBATAN PULAU PINANG

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment