CERITA KOTAK UNDI DIPINDAH DI PERAK HANYA FITNAH PEMBANGKANG

Posted by Kerah Lekung on Sunday 15 April 2018

CERITA KOTAK UNDI DIPINDAH DI PERAK HANYA FITNAH PEMBANGKANG.
Pakatan pembangkang dilihat sudah memulakan serangan fitnah dan spekulasi mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Terbaru dalam media sosial Facebook, ‘page’ pembangkang parti PKR mula memainkan video fitnah yang mendakwa kotak undi yang disimpan di dalam lokap Balai Polis Seri Manjung di Perak dibawa keluar dengan tujuan untuk menipu dalam PRU-14.



Dalam video tersebut, seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai Laksamana (B) Hj. Imran Abdul Hamid yang dilihat memakai baju berlogokan PKR menceritakan bagaimana dia ‘menangkap’ beberapa orang-orang lelaki yang menerima arahan daripada RO lantikan SPR, sedang memindahkan kotak-kotak undi yang disimpan di dalam lokap tanpa penjelasan sebenar kecuali mengatakan ia atas arahan pegawai pengurus pilihan raya (RO).



Video tersebut menunjukkan kononnya beberapa orang lelaki yang memunggah kotak-kotak yang didakwa sebagai kotak undi keluar masuk sebuah van, bukan four-wheel-drive (4wd) seperti yang didakwa oleh Hj. Imran.



Penceritaan Hj. Imran itu meragukan memandangkan beberapa perkara yang disebutnya tidak sama seperti ‘video bukti’ yang dimasukkan sekali dalam video fitnah tersebut. Contohnya ‘tape’ berwarna biru yang masih kelihatan sama sebelum dan selepas kotak undi itu dipulangkan oleh orang yang dituduh mengambilnya, namun dituduh berbeza oleh Hj. Imran.



Video tersebut fitnah semata-mata dan tidak benar. Setakat ini tiada lagi kenyataan rasmi daripada pihak SPR kerana perkara ini disebarkan secara senyap-senyap di media sosial pembangkang. Orang awam perlu diingatkan supaya tidak percaya berita-berita palsu seperti ini.



Video, rakaman suara dan gambar boleh diolah jadi setakat video fitnah ringkas seperti itu adalah sangat senang untuk dibuat pihak pembangkang. Ini adalah serangan pembangkang yang sengaja mahu memfitnah Barisan Nasional akan menipu sewaktu PRU-14 supaya dapat menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.



Perlu diingatkan juga, sewaktu hari mengundi wakil daripada pihak pembangkang dan Barisan Nasional akan sentiasa berada di tempat mengundi dan juga semasa kiraan mengundi. Jadi sebenarnya tidak akan timbul masalah menipu undi.



Malah, kotak undi akan diperiksa semula pada hari mengundi oleh setiap agen calon yang bertanding di kawasan masing-masing bagi mengelakkan berlakunya penipuan semasa hari mengundi.



‘Page’ pembangkang dan Hj. Imran yang dilihat menyebarkan fitnah ini harus dilaporkan kepada polis dan MCMC supaya mereka dapat dikenakan tindakan akibat menyebarkan fitnah dan menimbulkan kekeliruan dalam rakyat Malaysia. -TV14
Sumber asal: CERITA KOTAK UNDI DIPINDAH DI PERAK HANYA FITNAH PEMBANGKANG

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment