Tajuddin ingatkan Khalid jangan guna perkataan bodoh, sial

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 3 April 2018

Tajuddin ingatkan Khalid jangan guna perkataan bodoh, sial.
Timbalan Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengingatkan semua ahli parlimen pembangkang termasuk ahli parlimen PAN Shah Alam, Khalid Abdul Samad supaya menjaga pertuturan ketika berbahas dengan tidak mengeluarkan kenyataan seperti bodoh dan sial.

Menurutnya, ia adalah bagi mengelakkan insiden yang sama berlaku tahun lalu terhadap Khalid apabila didatangi sekumpulan yang berang dengan tindakannya menggelar Tajuddin ‘menteri sial’.

“Mereka yang datang kemari bukan tujuan merusuh, tapi nak beritahu dekat Shah Alam (Kkalid) mulut tu jaga sikit jangan kurang ajar, itu sahaja.

“Tapi (mereka) dituduh merusuh, okay lah. Walaupun ada jalan untuk diminta bayar denda, tapi kita tak nak bayar, kita nak selesaikan di mahkamah, kita tengok (keputusan),” katanya ketika mencelah penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tida Benar di Dewan Rakyat, Isnin.

Sebelum ini, Firdaus anak lelaki Tajuddin didakwa merupakan sebahagian kumpulan daripada cawangan Pemuda UMNO Pasir Salah yang menyerang Khalid di perkarangan Dewan Rakyat pada November 2016.

Lapan individu berusia 33 hingga 55 tahun termasuk tiga wanita ditahan berhubung kejadian itu.

Kejadian itu tercetus susulan tindakan Khalid menggelar Tajuddin sebagai ‘menteri sial’ ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat sebagai membantah tindakan timbalan menteri berkenaan mempermainkan nama ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Khalid sebelum itu bangun mencelah penggulungan RUU Antiberita Tidak Benar oleh Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan rasa tidak percaya kepada pihak pendakwaan dengan memberi contoh kes beliau diserang sekumpulan penyokong Tajuddin dahulu belum aa tindakan serius.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu Tajuddin pihaknya bersedia untuk diambil tindakan oleh mahkamah sekiranya didapati bersalah tentang dakwaan ‘rusuhan’ yang dikatakan Khalid.

“Kalau pihak mahkmah nak hukum penjara, we have prepared, berani kerana benar, kalau pendakwaraya rasa tuduhan Shah Alam (betul), go ahead, kIta bukan macam mereka, pengecut,” ujarnya lagi.

Sumber asal: Tajuddin ingatkan Khalid jangan guna perkataan bodoh, sial

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment