Lagi dekat nak pilihan raya umum, semakin banyak 'gelora' atau kepincangan yang selama ini disimpan kemas dalam PKR mula didedahkan oleh ahli dan bekas pemimpin parti itu.
Terbaru, bekas Ketua AMK PKR Cabang Kapar, Ahmad Kamarudin mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta-merta dan akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa bertembung dengan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali.
Beliau mempersoalkan tindakan PKR membiarkan Tun Mahathir Mohamad bertanding menggunakan logo parti tersebut.
"PKR sudah tersasar jauh dari garis perjuangan reformasi... Mahathir dulu kita lawan, kita kata Mahafiraun dan korupsi, yang kita lawan sehingga tertubuhnya parti ini, akhirnya kali ini, mahu angkat Mahathir manjadi Perdana Menteri dengan menggunakan logo kita?"ujarnya.
Beliau meminta penjelasan, berkaitan siapa yang benar, "Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim menipu mengatakan Mahathir penipu, perompak dan pencuri harta negara... atau tuduhan Mahathir memecat Anwar kerana meliwat dan agen asing adalah benar?" soalnya.
Beliau yang turut mengumumkan menyertai dan bertanding menggunakan tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM) dalam pilihanraya ke 14 ini.
Untuk rekod, PRM dulu dipimpin oleh Dr Syed Husin Ali sebelum dibubarkan dan bergabung dengan PKR.
Bagaimanapun ada sekelompok ahli PRM yan tidak puas hati membawa perkara tersebut ke Pendaftar Pertubuhan dan disahkan PRM tidak dibubarkan seperti yang didakwa PKR.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah, Presiden PRM (terkini), Ariffin Salimon.
Tambah Ahmad, kepimpinan PKR semakin 'lemas' dek kerana perebutan harta dan mengambil keputusan untuk 'angkat kaki' serta tidak lagi bersama parti.
Ditanya mengapa memilih PRM sebagai parti pilihan, Ahmad berkata parti itu menepati aspirasi perjuangan yanh dibuat selama ini.
"Saya menyertai PRM bermula hari ini, dan memilih menjadi calon DUN Bukit Antarabangsa kerana percaya segala kerosakan tang berlaku di Selangor berpunca di sini, kerana ini tempat MB," katanya.
Sementara itu, Ariffin mengumumkan dua kerusi di Selangor yang akan disertai PRM iaitu Parlimen Ampang dan DUN Lembah Jaya.
"Sebelum ini PRM telah umumkan yntum bertanding di Selangor, Kedah dab Pulau Pinang. Di Selangor (6 Parlimen 16 DUN), Kedah (2 Parlimen 4 DUN) dan Pulau Pinang (4 Parlimen 18 DUN)
"Mungkin akan ada lagi beberapa kerusi di Perak, Johor, Perlis dan Sabah yang masih dalam perbincangan parti," katanya.

Sumber asal: Makin Panas Lagi Keluar PKR...Tanda Kejatuhan PH
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment