Ceramah DAP di malam hari di bandar Yong Peng sedang rancak berjalan dan penceramah yang paling kontroversial parti itu, Hew Kuan Yau, dengan memakai T-shirt Superman, sedang rancak mengkritik Kerajaan di atas pentas.
Tiba-tiba, pengacara majlis mencelah untuk mengumumkan ketibaan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu tiba bersama Bakhtiar Shah Mustapa yang dijadualkan bertanding di Semarang, salah satu kerusi DUN di Ayer Hitam. Pengacara majlis meminta orang ramai untuk meraikan “Menteri Besar Johor yang seterusnya”.
Ia mesti amat pelik untuk Muhyiddin walaupun itu bukanlah kali pertama pihak DAP menggambarkan beliau sebagai calon Menteri Besar mereka. Beliau merupakan Menteri Besar Johor lama dahulu. Kemudian beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan mempunyai aspirasi untuk menjadi Perdana Menteri. Sekarang beliau kembali ke tempat yang sama. Beliau malah bukan calon Timbalan Perdana Menteri Pakatan, jawatan yang telah pergi ke Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Perkara tidak terjadi seperti yang diharapkannya. (Joceline Tan, The Star, 3 April 2018)
**
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menamakan pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang seterusnya jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang.
Anak lelaki Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membuat pengumuman ini dalam ucapan penggulungannya semasa perhimpunan tahunan PPBM di sini.
Mukhriz, yang merupakan timbalan presiden PPBM, berkata parti itu menamakan Dr Mahathir sekali lagi untuk memimpin negara itu berdasarkan 22 tahun pengalamannya sebagai perdana menteri. (NST, 30 Disember 2017)
**
Mukhriz Mahathir hanyalah Timbalan Presiden PPBM. Namun, beliau dan bukannya Presiden, Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PPBM untuk Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi PRU14 yang dijangka diadakan pada bulan depan. Kebiasaannya, sesuatu yang penting seperti ini akan diumumkan oleh Majlis Presiden Pakatan dan bukan anak calon itu.
Malam tadi, DAP mengumumkan bahawa Muhyiddin akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor jika Pakatan memenangi negeri itu dalam PRU14. Muhyiddin adalah Presiden PPBM dan bekas Timbalan Perdana Menteri tetapi DAP yang memutuskan ke mana beliau akan ditempatkan manakala Timbalan Presiden PPBM, dan bukannya Muhyiddin, yang mengumumkan bapanya sebagai calon Perdana Menteri Pakatan.
Ia membuat anda tertanya-tanya sama ada peranan mereka sudah terbalik. Tetapi apa yang Superman Hew Kuan Yau – yang hadir pada ceramah yang sama malam tadi – katakan mungkin ialah apa yang kita lihat di sini. Superman Hew memberitahu orang Cina bahawa Lim Kit Siang hanya menggunakan Mahathir untuk memancing undi Melayu – menggunakan orang Melayu untuk melawan orang Melayu, kata Superman Hew. Superman Hew jelas menunjukkan bahawa Pakatan Harapan adalah Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP dan Mahathir adalah alat mereka.
Itulah sebabnya apabila anda memberitahu DAP Cina bahawa ia tidak masuk akal untuk mencadangkan Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan, memandangkan apa sahaja yang salah dengan negara itu adalah disebabkan perbuatannya, mereka tidak risau. Mereka tidak menganggap mencadangkan masalah sebagai penyelesaian sebagai sesuatu yang pelik. Dan ini adalah kerana mereka tahu Mahathir tidak akan dilantik sebagai Perdana Menteri. Mahathir hanyalah calon Perdana Menteri untuk menyebabkan orang Melayu melawan orang Melayu dan mendapat sokongan orang Melayu tetapi bukan sebagai ‘PM-in-waiting’.
Ia seperti pengumuman DAP malam tadi bahawa Muhyiddin adalah calon Pakatan Harapan untuk Menteri Besar Johor. DAP sedar bahawa pertama sekali Muhyiddin mesti memenangi pilihan raya, dan kedua, dan yang lebih penting, DYMM Sultan Johor mesti bersetuju dengan Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor. Jadi itu adalah dua halangan yang perlu diatasi oleh Muhyiddin. Dan halangan pertama akan menjadi sangat sukar sebelum anda ke halangan kedua dan yang lebih penting, persetujuan Sultan.
Kit Siang dan DAP bukanlah bodoh. Mereka telah bermain kad perkauman lebih daripada 50 tahun dan mereka tahu bagaimana untuk bermain kad itu dengan baik. Mereka juga tahu bahawa Muhyiddin tidak disukai oleh Istana Johor sama seperti Mahathir tidak disukai oleh hampir semua sepuluh raja, termasuk Yang di-Pertuan Agong.
Mukhriz boleh mengumumkan 1,000 kali bahawa Mahathir adalah calon Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri. Tetapi DAP yang memutuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri (sama seperti mereka memutuskan siapa yang menjadi Menteri Besar Selangor, Menteri Besar Perak, Menteri Besar Johor, Ketua Menteri Pulau Pinang, dan sebagainya). Dan sementara DAP tidak secara terbuka bercanggah atau membantah Mukhriz atau PPBM, DAP tahu bahawa apabila tiba waktunya, bukan Mukhriz atau PPBM yang memutuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri.
DAP tidak akan secara terang-terangan bercanggah atau membantah Mukhriz atau PPBM. Mereka memerlukan sokongan orang Melayu jadi mereka kelihatan menyokong calon Perdana Menteri pilihan Mukhriz atau PPBM. Lebih penting lagi, mereka memerlukan Mahathir untuk terus mengecam Perdana Menteri Najib Tun Razak, Umno, Barisan Nasional, PAS, Islam, orang Melayu, DEB dan sebagainya.
Apabila anda menyerang seorang pemimpin atasan Cina, seperti seorang hartawan perniagaan Cina, orang Cina akan menafsirkannya sebagai gerakan anti-Cina atau bersifat perkauman. Serang satu ‘tokong’ Cina dan anda menyerang seluruh bangsa Cina. Ini adalah bagaimana orang Cina melihat perkara itu.
Oleh itu, DAP bimbang bahawa sebarang serangan terhadap Najib, Umno, Barisan Nasional, undang-undang Syariah Islam, DEB, dan sebagainya, akan dilihat serupa sebagai gerakan anti-Melayu atau bersifat perkauman. Tetapi jika Mahathir adalah orang yang melakukan serangan itu, ia bukan bersifat perkauman atau anti-Melayu, ia adalah untuk ‘menyelamatkan Malaysia’. Oleh itu, Mahathir adalah alat yang sangat berguna untuk menyerang Najib, Umno, Barisan Nasional, PAS, undang-undang Syariah Islam, RUU355, DEB, dan banyak lagi. Ini adalah orang Melayu-Islam yang menyerang sesama Melayu dan Islam.
Mahathir adalah aset DAP dan Pakatan yang paling berharga. Mereka tidak dapat mencari senjata yang lebih baik daripada Mahathir. Dan menggambarkan beliau kepada orang Melayu sebagai calon Pakatan untuk Perdana Menteri adalah idea yang cemerlang. Ini kerana PRU14 sedang dibentangkan sebagai pertandingan antara Mahathir-menentang-Najib, iaitu bekas Perdana Menteri berbanding menentang Perdana Menteri semasa.
Seperti kata Mukhriz, PPBM menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri berdasarkan 22 tahun pengalamannya sebagai Perdana Menteri. Pada asasnya, itu adalah kelayakan Mahathir: 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Oleh itu, pengalaman selama 22 tahun menjadikannya calon paling sesuai untuk Perdana Menteri.
Mahathir mungkin mempunyai pengalaman selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Tetapi apa yang dicapainya dalam 22 tahun itu? Apakah rekodnya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun itu? Berapa banyak kebaikan dan keburukan yang beliau lakukan dan adakah yang buruk lebih banyak daripada yang baik atau sebaliknya?
Itu tidak penting. Sama ada beliau adalah Perdana Menteri yang baik atau tidak bukanlah isunya. Beliau mungkin telah menjadi Perdana Menteri yang teruk tetapi itu tidak penting. Satu-satunya perkara yang penting ialah beliau adalah Perdana Menteri selama 22 tahun dan itu sahaja yang diperlukan untuknya menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Ya, itulah bagaimana Mukhriz dan PPBM melihatnya. Tetapi itu bukanlah bagaimana Kit Siang dan DAP melihatnya. Pada Kit Siang dan DAP, Mahathir adalah alat yang akan digunakan untuk menyerang Najib. Mahathir hanyalah seorang Melayu untuk melawan orang Melayu. Mahathir adalah maskot untuk mendapatkan sokongan Melayu dan mendapat undi Melayu. Selepas itu, sebaik sahaja Hari Pengundian berakhir, tidak ada lagi keperluan untuk Mahathir.
Tidak ada sebarang manfaat kepada DAP dan Pakatan Harapan untuk menjadikan Mahathir sebagai Perdana Menteri. Mahathir hanya menjadi calon Perdana Menteri untuk memenuhi keperluan DAP, PKR dan PAN. Sekiranya Pakatan menang PRU14, tidak mungkin Kit Siang, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mat Sabu akan membenarkan Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Mereka semua sangat tahu bahawa jika Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau akan melakukan satu lagi pusingan U jadi tidak ada yang mempercayainya. Mereka tahu Mahathir tidak boleh dipercayai untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri seperti yang dijanjikan. Beliau akan mencari alasan yang mudah untuk memungkiri janjinya dan menyalahkan orang lain untuk itu, seperti yang beliau begitu suka lakukan, dan menjadikan Mukhriz sebagai timbalannya.
Itulah sebabnya pemimpin Pakatan Harapan tidak peduli dengan kesihatan Mahathir. Mereka tahu mereka tidak bermaksud untuk melantik beliau menjadi Perdana Menteri, jadi mengapa bimbang sama ada Mahathir akan bertahan atau tidak?
Pada tahap ini mereka lebih baik berdiam diri dan mengikut sahaja arus permainan ini. Mahathir melakukan apa yang mereka harapkan. Mahathir memukul Najib, Umno, Barisan Nasional dan sebagainya. Jadi, mereka tidak perlu berbuat apa-apa dan boleh membiarkan sahaja segala-galanya kepada Mahathir.
Pemimpin Pakatan Harapan tidak naif dan mereka sedar bahawa Mahathir tidak mempunyai niat untuk menyelamatkan Malaysia tetapi melakukan segala-galanya untuk agenda peribadi beliau. Itulah sebabnya DAP, PKR dan PAN tidak prihatin dengan masalah PPBM dengan RoS atau sama ada PPBM akan dibatalkan pendaftarannya sebelum Hari Pengundian. Mereka hanya memerlukan Mahathir sehingga Hari Pengundian. Selepas itu beliau tidak diperlukan lagi.
Dalam pada itu, mereka akan membenarkan Mahathir untuk mengatakan dan melakukan apa yang beliau mahu kerana beliau akan menggunakan semua sumbernya dalam PPBM dan UMNO – orang seperti Tun Daim Zainuddin, Rafidah Aziz, Rais Yatim dan Syed Hamid Albar – untuk menyerang Perdana Menteri dan Umno. Daim, Rafidah, Rais dan Syed Hamid percaya bahawa jika Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi mereka akan dibawa kembali ke dalam Kabinet, jadi mereka bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan Najib dan Umno. Apa yang mereka tidak tahu adalah bahawa Mahathir hanyalah alat DAP dan dalam sifat yang sama, begitu juga mereka.
Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 3 April 2018

Sumber asal: Mahathir Hanyalah Calon PM, Bukan ‘PM-in-waiting’
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment