Hubungan baik yang cuba dibina Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah 20 tahun bersengketa bukan hanya isu diantara dua individu politik malah ia telah memporak-peranda dan melumpuhkan kestabilan negara.
Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, persengketaan di antara Tun Mahathir dan Anwar sejak 1998 telah melahirkan budaya politik cerca, maki hamun dan kebencian yang melampau.
“Penyokong Pakatan Harapan (PH) marah bila ada pihak mempersoal kenapa Tun Mahathir dan Anwar senang sangat bermaaf-maaf setelah mereka bermaki hamun sesama mereka selama 20 tahun. Mereka kata itu hal peribadi antara dua orang insan yang sudah insaf. Kalau orang nak berbaik, apa salahnya.
“Jangan ingat soal Tun Mahathir dan Anwar berbaik semula hanyalah isu antara dua individu politik. Realitinya persengketaan peribadi Mahathir dan Anwar sejak 1998 telah memporak-perandakan dan melumpuhkan kestabilan negara.
“Persengketaan Tun M dan Anwar itulah yang melahirkan budaya politik cerca, maki hamun dan kebencian yang melampau selama 20 tahun ini. Untuk 20 tahun negara kita berdepan dengan politik yang tidak stabil kerana nafsu politik kedua-dua orang ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata ekonomi negara terkesan dan kestabilan politik lumpuh kerana demonstrasi, rusuhan dan kempen menghasut tidak pernah reda sejak 1998.
“Krisis politik demi krisis politik saling berganti sepanjang 20 tahun Tun Mahathir dan Anwar berperang antara mereka. Demi permainan nafsu politik, mereka sanggup nak memperjudikan kestabilan negara dan ramai kerjaya orang politik binasa kerana persengketaan mereka.
“Jadi bila Tun Mahathir dan Anwar tiba-tiba berbaik begitu sahaja dan Anwar pula melantik Tun Mahathir sebagai calon PM, orang tidak boleh terima.
“Rakyat terkilan kerana Tun Mahathir dan Anwar sanggup mengharubirukan kestabilan negara selama 20 tahun dan selepas itu, bila ada kepentingan politik, boleh pulak sambil lewa minta maaf sewenang-wenangnya dan paksa rakyat menerima kemaafan itu,” katanya.
Tambahya, tindakan mereka itu menyebabkan penyokong reformasi tulen merasa amat marah.
“Air mata, darah, keringat dan pengorbanan peribadi mereka membela Anwar selama 20 tahun yang ditindas oleh Tun Mahathir, dalam sekelip mata telah menjadi sia-sia dan dipelerekehkan begitu sahaja,” katanya.
Pada Ahad, PH mengesahkan Pengerusinya, Tun Mahathir dipilih sebagai calon perdana menteri, jika gabungan empat parti pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi timbalan perdana menteri.
Pengumuman itu dibuat pada Konvensyen PH 2018 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) sekaligus menamatkan semua spekulasi mengenai calon pilihan PH untuk menerajui kerajaan mereka.

Sumber asal: KENANG SEJENAK REFORMASI 1998… MAHATHIR UNDUR!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment