ELAK BERGANTUNG NASIB “PERTANDINGAN 3 PENJURU”

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 5 April 2018

ELAK BERGANTUNG NASIB “PERTANDINGAN 3 PENJURU”.
3 penjuru, mungkin itulah harapan dan impian dari kebanyakkan jentera Barisan Nasional dalam usaha mereka untuk mendapat kemenangan terutamanya di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh UMNO. Sejarah pilihanraya yang lalu menyaksikan bagaimana Barisan Nasional menerima laba politik dari pertandingan 3 penjuru dan sebagai contoh, DUN Semenyih dan Kota Damansara di Selangor yang dimenanginya pada PRU yang lalu.

Situasi tersebut, sekali lagi menjadi impian, apabila PAS tidak lagi bersama Pakatan Harapan, sebaliknya membentuk blok baharu yang dikenali dengan Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai oleh Parti Ikatan. Ini bermakna, kemungkinan besar untuk kita menyaksikan pertandingan penjuru di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh UMNO bukanlah omong-omong kosong, dengan Barisan Nasional menentang Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan.

Keadaan ini (berharap kepada 3 penjuru) sebenarnya tidak memberi manfaat kepada Barisan Nasional, kerana perkara pokok tentang berharap ialah nasib. Untuk menang, Barisan Nasional tidak boleh bergantung dengan nasib, sebaliknya menumpukan gerak kerja dengan mengambil pendekatan sebagai “satu lawan satu”.

Dengan “satu lawan satu”, Barisan Nasional akan lebih fokus memperkasakan jentera, dengan pengurusan pengundi yang lebih baik dan teratur, tanpa mengambil kira soal nasib. Itu lebih afdhal, dari berharap berlakunya “keajaiban”.

Pertandingan 3 penjuru belum tentu menguntungkan Barisan Nasional. Bayang di kerusi yang ditandingi UMNO, dan lawannya terdiri dari PAS dan PPBM. Apakah undi PAS yang akan terjejas, atau undi kepada UMNO?

Dengan tidak menolak fakta bahawa ada kawasan yang memberi kelebihan kepada UMNO dalam konteks 3 penjuru, sekali lagi, ia bukan alasan untuk jentera Barisan Nasional bergantung kepada nasib dan hanya berharap.

Anggap sahajalah situasi tersebut sebagai bonus, dan bukannya penentu kemenangan.

Sumber asal: ELAK BERGANTUNG NASIB “PERTANDINGAN 3 PENJURU”

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment