Soalnya, kenapa tiba - tiba DAPigs mengubah pendirian untuk tidak menggunakan logo 'Roket' yang sememangnya cukup sinonim dengan mereka dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang?
Jawapan mudahnya, kerana DAPigs takut pada bayang - bayang sendiri. DAPigs sedar persepsi rakyat terhadap parti itu memang tidak dapat dipadam. Nak pulak dikalangan orang Melayu.
Maka, parti yang dilabelkan sebagai 'Ultra Chauvanist' oleh Tun Mahathir sebelum ini terpaksa bermain wayang Politik dan bersetuju untuk tidak menggunakan logo tersebut buat sementara.
Namun, keadaan itu tidak sedikit pun mengubah persepsi rakyat terhadap parti tersebut biarpun Tun Mahathir tampil membuat pengakuan terbuka yang dia telah menipu dirinya sendiri.
Bak kata pepatah, Musang yang berbulu Ayam tidak dapat mengubah sikap asal mereka. Walaupun Serigala memakai bulu Kambing, ianya hanya semata - mata untuk menipu orang ramai.
Dalam erti kata lainnya, jika DAPigs mengubah penampilan mereka sekali pun, parti itu tetap tidak akan mengubah dasar perjuangan mereka yang memang telah wujud sejak sekian lama.
Hakikatnya, tindakan DAPigs itu hanya sekadar untuk mengaburi mata dan menipu rakyat dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang secara terang - terangan. DAPigs ingat, dengan cara itu diorang boleh memperbodohkan orang Melayu!!!
Sumber asal: DAPigs TAKUT GUNA "ROKET"!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment