INDIRA DICALONKAN TERIMA ANUGERAH DARI AS, APA MUSLIHATNYA?

Posted by Kerah Lekung on Monday, 2 April 2018

INDIRA DICALONKAN TERIMA ANUGERAH DARI AS, APA MUSLIHATNYA?.
WANITA bukan Islam yang mencetus ketegangan dalam hubungan antara agama di negara kita beberapa bulan lalu, Indira Gandhi yang terlibat dalam kes penjagaan dua anaknya dengan suaminya yang telah memeluk Islam, Muhammad Riduan Abdullah.

Kejayaan Indira dalam kesnya telah membangkitkan kemarahan orang Islam di negara ini memandangkan bapa kepada dua anak itu beragama Islam dan mahu membesarkan dua anaknya itu menurut agama Islam.

Dalam hubungan kaum dan antara agama di Malaysia yang mudah diprovokasi, hubungan antara pengikut Islam dan Hindu terjejas ekoran itu ini dan pelbagai pihak yang tidak senang dengan Islam mengambil kesempatan untuk memburukkan imej Islam melalui kes tersebut.

Baru-baru ini, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur telah mencalonkan Indira Gandhi untuk anugerah International Women of Courage Jabatan Negara AS bagi tahun ini.

Duta AS ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir telah mengadakan majlis resepsi di kediamannya untuk meraikan Indira dan menghadiahkan plak peringatan kepada wanita itu.

Tindakan Kedutaan AS ini mencetuskan kemarahan orang Islam ekoran sensitiviti kes ini, yang diraikan oleh ramai bukan Islam dan kumpulan liberal di negara ini sebagai satu kejayaan besar bagi mereka untuk kebebasan beragama.

Pencalonan ini konsisten dengan sikap AS yang menyokong perjuangan liberal di Malaysia, yang turut disokong kuat oleh parti-parti pembangkang DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Pada 2009, AS mencalonkan Datuk Ambiga Sreenevasan, peguam yang juga aktivis hak asasi yang kemudian mengepalai pertubuhan Bersih.

Ambiga terlibat dengan aktif dalam kegiatan hak asasi manusia termasuk kebebasan LGBT yang semakin giat bergerak di Malaysia.

Tahun 2016, anugerah sama diberikan pada aktivis LGBT Nisha Ayub yang diiktiraf atas kegiatannya memperjuangkan hak transgender.

Anugerah terbaru kepada wanita Hindu yang terlibat dalam mencabar kedudukan agama Islam di negara ini menunjukkan kecenderungan pihak asing menyokong mereka yang menentang kedaulatan Islam dan norma masyarakat negara kita. – Mynewshub

Sumber asal: INDIRA DICALONKAN TERIMA ANUGERAH DARI AS, APA MUSLIHATNYA?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment