LIHAT DULU ZAMAN MAHATHIR PERINTAH, SEBELUM TUDUH SPR

Posted by Kerah Lekung on Monday 2 April 2018

LIHAT DULU ZAMAN MAHATHIR PERINTAH, SEBELUM TUDUH SPR.
Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu melihat kembali semasa zaman beliau menjadi Perdana Menteri sebelum membuat tuduhan liar terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya menipu dalam soal persempadanan semula kawasan pilihan raya sehingga boleh memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya nanti.

Soal Naib Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman, adakah Dr. Mahathir tidak pernah terfikir

sama ada persempadanan semula kawasan pilihan raya itu mempunyai kesan baik atau buruk ketika eranya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri yang difahamkan sebanyak tiga kali.

Katanya, Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu boleh menuduh apa sahaja apabila bersama pembangkang sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal hanya kerana rasa marahnya terhadap kerajaan pim-pinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dr. Mahathir boleh menuduh apa sahaja apabila berada di luar kerajaan hari ini.

Ketika berada di dalam kerajaan, mengapa beliau (Dr. Mahathir) tidak pernah terfikir perkara tersebut (persempadanan semula kawasan pilihan raya) itu satu benda yang baik atau tidak kalau dilaksanakan. Kenapa hari ini, baru dipersoalkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Rozabil, persempadanan kawasan pilihan raya bukan memberi kelebihan kepada mana-mana parti se-baliknya bertujuan memberi kesemerataan terhadap jumlah pengundi di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kalau dilihat di sesetengah kawasan Parlimen dan DUN itu mempunyai jumlah pengundi besar dan sememangnya memerlukan kajian semula. Saya tidak nampak, persempadanan semula ini memberi kelebihan kepada BN.

“SPR hanya melakukan persempadan di kawasan yang dirasakan perlu sahaja dan kerajaan BN tidak pernah cam-pur tangan,” katanya.

Sumber asal: LIHAT DULU ZAMAN MAHATHIR PERINTAH, SEBELUM TUDUH SPR

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment