USAHA MAHATHIR UNTUNGKAN DAP

Posted by Kerah Lekung on Monday 2 April 2018

USAHA MAHATHIR UNTUNGKAN DAP.
Usaha Tun Dr. Mahathir Mohamad membangkitkan tsunami Melayu bagi menarik sokongan kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya memberi keuntungan mutlak kepada DAP.

Dengan slogan Malaysian Malaysia menjadi pegangan DAP buat selama-lamanya, kesamarataan yang menjadi matlamat parti itu akan hanya menjejaskan kedudukan istimewa bangsa Melayu dan agama Islam walaupun ia terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kesan daripada perpecahan bangsa Melayu bukan mudah untuk dipulihkan dan pastinya generasi akan datang menjadi mangsa yang terpaksa menanggung akibatnya.

Menurut Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah, perpecahan orang Melayu akibat politik bukan hanya menyebabkan kaum itu merempat malah boleh memusnahkan negara.

“Sekiranya berlaku tsunami Melayu dalam politik negara, DAP yang akan untung dan sudah tentu agenda memperkasakan golongan bumiputera tiada dalam kamus mereka.

“Keadaan itu sudah pun dapat dilihat di Pulau Pinang, sedikit demi sedikit rumah dan premis perniagaan orang Melayu cuba dihapuskan oleh kepemimpinan DAP, manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak lagi membina kediaman mampu milik untuk orang Melayu di kawasan bandar,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, semalam.

Semalam, Ahli Parlimen DAP Kluang,  Liew Chin Tong dalam satu kenyataannya membayangkan tsunami pengundi Melayu akan dapat diterjemahkan berdasarkan kehadiran orang ramai dalam ceramah Dr. Mahathir di Guar Chempedak, Kedah, kelmarin. – UTUSAN ONLINE

Sumber asal: USAHA MAHATHIR UNTUNGKAN DAP

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment