Gempak tsunami Melayu gara-gara ceramah Pakatan di Guar Cempedak…ini komen Salleh

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 1 April 2018

Gempak tsunami Melayu gara-gara ceramah Pakatan di Guar Cempedak…ini komen Salleh.
Kalau tengok pelbagai acara BN kebelakangan ini dihadiri ribuan orang.Ini termasuk pada himpunan usahawan bumiputra bersama Perdana Menteri di Stadium Xiata Bukit Jalil petang Jumaat dimana 14,000 hadir.

Sebaliknya sejak ceramah pimpinan pakatan pembangkang di Guar Cempedak,Kedah Khamis malam dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa dihadiri 15,000 orang bukan main budak-budak pakatan jual gempak kononya ini petanda tsunami Melayu sudha bermula.

Atas sebab itu Bendahari UMNO Datuk Seri Salleh Said Keruak minta orang kuat DAP Johor Lim Chin Tong yang paling bising pukul canang agar tidak terlalu gairah.

Menerusi laman blognya Jumaat,Salleh menyingkap balik dua contoh agar Chin Tong ada akai.

Katanya pada tahun 2000 semasa pilihanraya kecil Sanggang di Pahang kehadiran penyokong pembangkang di ceramah sangat ramai hingga berlaku kesesakan lalulintas berbatu panjangnya.

Malah menurutnya Dr Mahathir yang masih Perdana Menteri waktu itu ada mengulasnya.

Namun calon PAS kalah pada calon BN dalam pilihanraya kecil itu.

Salleh kata perkara yang sama berlaku semasa pilihanraya kecil Indera Kayangan di Perlis dimana 30,000 orang hadir pada ceramah PKR.

Sedangkan ceramah BN oleh Datuk Seri Shahidan Kassim tidak jauh situ cuma dihadiri 300 orang.

Keputusan pilihanraya kecil itu calon PKR kalah pada calon MCA.

Salleh kata hal yang sama berlaku semasa pilihanraya kecil kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak lama dulu.

Katanya pembangkang masih tidak mahu belajar bahawa kehadiran pada sesuatu ceramah tidak semestinya akan diterjemahkan pada undi.

“Ini masalah dengan pembangkang.Mereka kira anak ayam sebelum telur menetas,”katanya.

Sumber asal: Gempak tsunami Melayu gara-gara ceramah Pakatan di Guar Cempedak…ini komen Salleh

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment