Ditegur Mufti, Hanipa enggan tarik ungkapan `kalau saya Tuhan’

Posted by Kerah Lekung on Sunday 1 April 2018

Ditegur Mufti, Hanipa enggan tarik ungkapan `kalau saya Tuhan’.
Mufti Perlis menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati mengeluarkan ungkapan berkaitan isu ketuhanan yang boleh merosakkan akidah.

Walaupun tidak menamakan mana-mana pihak, kenyataan Datuk Mohd Asri Zainul Abidin dipercayai merujuk kepada ucapan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin di Dewan Rakyat, semalam.

“Ungkapan `jika saya Tuhan, saya akan lakukan begini…’, secara langsung dan tidak langsung merendahkan penciptaan Tuhan dan menafikan hikmah ciptaan-Nya.

“Ini sangat bahaya kepada akidah jika yang mengungkapnya sedar apa yang diucapkan. Hendaklah dia bertaubat dari ucapan itu,” kata beliau menerusi Facebooknya.

Pada Khamis, Dewan Rakyat menjadi kecoh susulan pertikaian antara Hanipa dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali.

Ungkapan, `Jika saya Tuhan’ timbul selepas Azeez mendakwa pemimpin PAN itu berlagak seperti tuhan kerana boleh meramal Pakatan harapan akan memenangi PRU14.

Bagaimanapun, Hanipa dalam satu kenyataan terbaharunya menegaskan beliau tidak akan menarik balik ungkapannya.

“Saya sedar ada pihak agama tertentu mengkritik saya dan menyatakan kenyataan saya bercanggah dengan akidah.

“Tapi saya mohon maaf kerana tidak akan tarik balik kenyataan saya terbabit.

“Ada juga minta saya bertaubat dan istighfar. Terima kasih kerana ingatkan saya,” katanya dipetik.

Sumber asal: Ditegur Mufti, Hanipa enggan tarik ungkapan `kalau saya Tuhan’

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment