Dewan Rakyat lulus Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar…

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 4 April 2018

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar….
Selepas melalui perbahasan hangat yang turut menyaksikan ‘ aksi sarkas ‘ kalangan Ahli Parlimen pembangkang akhirnya Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar 2018 diluluskan di Dewan Rakyat petang Isnin.

Ia diluluskan dengan suara majoriti pada jam 6.15 petang setelah sebelum itu ia melalui undi belah bahagian untuk bacaan kali kedua dimana 123 Ahli Parlimen menyokong dan 63 menentang.

Kalangan Ahli Parlimen PAS turut menyokong. Turut menyokong ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak).

Hadir sama dalam undian itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said telah mengulong perbahasan rang undang-undang itu dari jam 3.30 petang hingga 5.15 petang.

Kalangan Ahli Parlimen pembangkang cuba jolok pelbagai alasan untuk perlekeh rang undang-undang itu termasuk konon ia untuk kepentingan politik BN.

Azalina menjelaskan rang undang-undang itu adalah untuk melindungi semua rakyat Malaysia dari gejala berita palsu.

Siapa makan cili, dia lah rasa pedas, katanya.

Menurut menteri hanya mereka yang sedang dan berniat menggunakan berita palsu tiak suka kepada undang-undang tersebut.

Katanya, pembangkang dalam perbahasan rang undang-undang tersebut cuba kelirukan rakyat kononnya kerajaan terdesak melaksanakannya.

“Pembangkang tidak mahu mendengar penjelasan kerajaan melalui pelbagai medium dan menuduh kita menghalang kebebasan bersuara sedangkan kita bertujuan menyekat berita tidak benar.

“Saya kecewa masa perbahasan oleh pembangkang banyak dibazirkan dengan tuduhan dan tomohan terhadap usaha kerajan memperkenalkan undang-undang ini,” katanya.

Azalina menegaskan rang undang-undang tersebut bukan menyekat kebebasan bersuara seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

“Kalau tidak (dilaksanakan) sekarang bila lagi, kalau tak buat sekarang bagaimana kita perlu tangani berita palsu atau fitnah ekoran perkembangan teknologikomunikasi dunia,” katanya.

“Jangan sampai ada yang kena bunuh kerana berita palsu, nanti ada yang tuduh kerajaan tidak bertanggungjawab dan tidak ambil tindakan,” jelasnya lagi.

Bagi ahli-ahli politik yang dinodai berita palsu, kata Azalina, rang undang-undang ini adalah yang terbaik kepada mereka dalam menangani perkara itu.

Sumber asal: Dewan Rakyat lulus Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar…

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment