CUCU TOKOH KOMUNIS MALAYA BERTANDING ATAS TIKET DAP DI BANDAR UTAMA

Posted by Kerah Lekung on Monday, 23 April 2018

CUCU TOKOH KOMUNIS MALAYA BERTANDING ATAS TIKET DAP DI BANDAR UTAMA.
Jamaliah Jamaluddin, cucu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh, akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama dalam pilihan raya umum 9 Mei ini.

Jamaliah antara calon Melayu yang diketengahkan DAP bagi menggantikan pemimpin mudanya Yeo Bee Yin yang beralih ke Bakri, Johor.Kerusi itu sebelum persempadanan semula dikenali sebagai Damansara Utama.Bercakap kepada Malaysiakini, Jamaliah tidak nampak menggalas nama sebagai cucu Shamsiah (atas) menjadi beban buatnya dalam politik.

“Saya tak rasa terbeban sebab bagi saya beliau adalah seorang pejuang negara dan beliau telah berkorban begitu banyak sekali.“Jadi saya rasa beliau sebenarnya adalah idola saya dan saya sebenarnya melalui pengalaman hidup beliau dengan kisah-kisah yang diceritakan oleh beliau.

“Sebenarnya beliau adalah sumber inspirasi saya. Memang saya tak akan rasa terbeban,” katanya.Sementara itu, Jamaliah, 29, memberitahu beliau memilih DAP kerana prinsip dan ideologinya.“Saya suka konsep Malaysian Malaysia,” katanya.

Sumber asal: CUCU TOKOH KOMUNIS MALAYA BERTANDING ATAS TIKET DAP DI BANDAR UTAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment