TERNYATA AHMAD BASHAH LEBIH KENAL KEDAH BERBANDING ‘BOBOI’

Posted by Kerah Lekung on Thursday 1 March 2018

TERNYATA AHMAD BASHAH LEBIH KENAL KEDAH BERBANDING ‘BOBOI’.
Hari ini merupakan hari keempat berlangsungnya Ekspo Muafakat Kedah yang bertempat di perkarangan stadium Darulaman di Alor Setar, Kedah. Kebetulan penulis mempunyai urusan di negeri itu semalam, hari ini penulis sempat berkunjung ke situ sebelum kembali ke ibu negara petang tadi…

Mempamerkan sebanyak 19 kluster di ekspo terbesar yang pernah berlangsung di negeri itu, penulis menelusuri satu persatu pameran kluster dalam keadaan sesantai mungkin. Meriahnya bukan main lagi. Dari warga emas hinggalah anak-anak kecil memenuhi kawasan ekspo berkenaan.

Terlalu banyak yang dipamerkan di situ. Bermula daripada kluster pertama yang memaparkan kedaulatan institusi Di-Raja Kesultanan Kedah, hinggalah tarikan kanak-kanak yang berkonsepkan ‘petting zoo’ yang terletak di perkarangan ekspo. Sungguh menarik!

Tidak perlulah penulis ceritakan apa yang terdapat di ekspo itu secara terperinci kerana terlalu banyak pengisian dan informasi yang dapat kita peroleh daripadanya. Ternyata, terlalu banyak yang telah dilaksanakan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah walaupun hanya mentadbir negeri itu dalam tempoh yang singkat.

Dia tidak merancang atau melaksana yang ‘mega’. Dia tidak ‘syok sendiri’ dengan anganan menggunung mahu membina ‘pencakar langit’, namun lebih memilih melaksanakan projek dan program yang lebih menjurus ke arah kebajikan rakyat dan keperluan negeri.

Menurut pegawai-pegawai jabatan awam negeri yang penulis sembang tengahari tadi, mereka lebih gembira melihat transformasi kerajaan negeri yang kini lebih praktikal kepada keperluan dan kebajikan negeri berbanding projek ‘khayalan’ yang menjadi alat meraih populariti.

Malah kata mereka, belanja untuk melaksanakan program-program kerajaan negeri itu lebih efisien berbanding kerajaan sebelumnya, walaupun dari ‘parti yang sama’.

Sebagai contoh, kerajaan negeri tidak perlu litar lumba bertaraf dunia yang bernilai RM70 juta ke atas, namun memadai dengan litar lumba bernilai RM30 juta namun lebih praktikal untuk digunakan pelbagai lapisan masyarakat marhain.

Lebih menarik, hari ini Ahmad Bashah melancarkan program Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah dengan mendepositkan sebanyak RM100 dalam akaun SSP1M kepada setiap murid yang mendaftar sekolah darjah satu di negeri Kedah, bermula tahun ini.

Jelas beliau, wang sumbangan Kerajaan BN Negeri Kedah itu bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa untuk menabung bagi kepentingan pendidikan masa depan anak-anak mereka. Lebih menarik, beliau menjelaskan bahawa sekiranya wang tabungan itu mencecah RM500, Kerajaan Pusat pula akan tambah lagi RM500 untuk menggenapkan RM1,000!

Pada pandangan penulis, itulah perbezaan yang paling ketara di antara Ahmad Bashah dan ‘anak manja’. Ahmad Bashah lebih memikirkan tentang kebajikan rakyat dan mendidik masyarakat supaya mengamalkan amalan positif, tapi ‘anak manja’ lebih gemar meraih populariti dengan projek mega yang dia sendiri pening kepala untuk cari biaya.

Itu baru satu contoh kecil dan penulis yakin terdapat banyak lagi pelaksanaan dasar yang lebih baik dan sejajar dengan pelaksanaan dasar kerajaan pusat yang lebih mengutamakan rakyat berbanding populariti mahu ‘didewa-dewakan’ sebagai ‘negarawan ulung’.

Senang hati penulis dalam perjalanan pulang ke ibu negara petang tadi. Kedah sebenarnya kini sedang berada dalam landasan terbaik untuk bangkit sebagai salah sebuah negeri yang pesat membangun, tidak lagi berada di ‘awang-awangan’ dan ‘khayalan syok sendiri’…

Tahniah penulis ucapkan kepada rakyat negeri Kedah yang mempunyai Menteri Besar yang lebih memahami berbanding Menteri Besar lebih kurang dua tahun lepas yang lebih gemar menjadikan negeri itu sekadar ‘destinasi pelancongan’nya setiap minggu! – MYKMU

Sumber asal: TERNYATA AHMAD BASHAH LEBIH KENAL KEDAH BERBANDING ‘BOBOI’

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment