Surat Terbuka Mufti Wilayah Persekutuan Buat Neelofa

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 1 March 2018

Surat Terbuka Mufti Wilayah Persekutuan Buat Neelofa.
KONTROVERSI pelancaran koleksi terbaharu hijab jenama Naelofar Hijab di salah sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Dr. Zulkifli telah memuat naik sekeping gambar beliau sedang menulis surat terbuka buat personaliti popular dan juga pengasas jenama tudung tersebut, iaitu Hajjah Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa.

Gambar itu telah dikongsi oleh Zulkifli sendiri menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya pada Selasa beserta satu kapsyen seakan-akan ‘memerli’ pengacara wanita berusia 29 tahun itu.

“Menulis surat terbuka untuk Hajjah Neelofa. Untuk muhasabah bersama,” tulis beliau menerusi entri berkenaan.

Namun apa yang menarik perhatian mengenai entri tersebut adalah isi kandungan surat tersebut yang dikatakan ‘makan dalam’!

Menerusi surat tersebut, Zulkifli menyatakan bahawa hijab merupakan salah satu bentuk pemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam.

Selain itu, beliau juga meluahkan rasa khuatir terhadap isu yang berlaku itu kerana ia boleh boleh menjurus ke arah perkara negatif.

Rata-rata antara mereka yang membaca coretan tersebut tersentuh dengan penulisan ditulis oleh mufti tersebut.

Selain itu, mereka juga mengucapkan terima kasih kepada atas keprihatinan mufti berkenaan dalam usaha mengatasi isu tersebut.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah disambut baik oleh netizen yang rata-ratanya memberikan pujian atas teguran berhemah seorang mufti kepada selebriti berhijab.

Sementara itu, apabila diasak pertanyaan oleh wartawan hari ini mengenai kontroversi tersebut, Neelofa berkata dia tidak lagi mempedulikan kata-kata nista orang luar tentang dirinya.

Tidak bolehlah begitu. Sebagai seorang personaliti popular, apa sahaja kelakuan anda pasti menjadi perhatian masyarakat. Jadi apa salahnya tunjukkan moral yang baik?

Sumber asal: Surat Terbuka Mufti Wilayah Persekutuan Buat Neelofa

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment