Pidah dan Rais mengidap sindrom pasca persaraan ?

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 27 March 2018

Pidah dan Rais mengidap sindrom pasca persaraan ?.


DALAM diam, tiba- tiba dua sahabat saya,bekas menteri,
bersuara mengenai soal semasa negara.

Ia macam suatu kebetulan dan disambut dengan teriakan gembira (euphoria) pada sebelah pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH).

Kedua-duanya pernah menganggotai Majlis Tertinggi UMNO dan kini bersuara kononnya atas nama kebenaran, atas nama keluhuran undang-undang tapi jelas pandangan mereka bukan saja bersifat berat sebelah tetapi berkemungkinan juga dengan perancangan dan niat tertentu.

TS Rafidah Aziz,bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian serta bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, kononnya bimbang
nasi akan menjadi bubur susulan mengenai pelbagai isu (mengikut dakwaannya),mengaitkan soal amanah, tanggungjawab, perbuatan di luar dugaan, perhatian global , kesan buruk hutang IMDB, rasuah, salah guna kuasa dan salah guna harta negara.Suatu telahan beremosi tanpa bukti

TS Rais Yatim,yang kini Penasihat Sosiobudaya Kerajaan dan bekas Menteri Undang-Undang dan bekas Menteri Penerangan, pula mendakwa hairan, geram dan marah-marah dengan ketiadaan tindakan kerajaan terhadap kapal mewah Equanimity yang disita oleh pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini yang didakwa milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.
Saya kira ianya satu kes “salah tafsir” dan khilaf perundangan.

Kita tidak dapat mengelak daripada membuat telahan dan pertanyaan...

1)Apakah TS Rais, 75 tahun dan TS Rafidah, 74, juga turut mengidap “sindrom pasca persaraan “ akibat setelah sekian lama memegang kedudukan penting dalam kerajaan suatu masa dulu dan kini terasa perlu menarik perhatian kpd pendapatnya.

Daripada rungutan mereka, ternyata mereka sudah ‘out of touch’ dengan urusan pentadbiran dan kerajaan.Mereka juga kelihatan masih terikat dengan pendewaan personaliti (personality cult) bos lama,yg juga bos saya dulu.

Berkemungkinan juga ianya satu perancangan dan muslihat yang sengaja diatur oleh team media Tun Dr Mahathir (TM ), yang kelihatan bersungguh- sungguh mengatur Media Blitz dalam dan luar negara menjelang PRU14.

Apa yang diharapkan mereka ialah satu serangan,bidasan
terancang dan betul-betul serentak terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak utk membentuk persepsi negative terhadap perdana menteri

Strategi ini sudah lama dapat dibaca dan tidak akan berjaya.

Bukan saja motifnya tidak sejujur yang cuba digambarkan, tetapi juga status “sudah luput” mereka, dan ketiadaan 'locus standi' menjadikan kenyataan mereka sebenarnya kurang wibawa,malah mempunyai “ulterior motives”

Apa lagi apabila mereka mempunyai rekod sering bakar jambatan.Sementara nasi bukan saja menjadi bubur tapi juga
sudah pun basi.

Kepada sahabat seangkatan yang pernah seperjuangan, saya ingin bertanya:

Sebelum ini, ketika ada yang sibuk membela kroni dan keluarga,isteri, suami dan anak sendiri, di mana pendirian kalian?

Sebelum ini, ketika ada yang menjual perjuangan kepada Malaysian Malaysia DAP yg durjana, di mana kalian?

Sebelum ini ketika ada yang sewenang-wenang menuduh orang sebagai perompak dan pencuri tanpa secebis bukti, di mana kalian?

Sebelum ini ketika mahkamah syariah dan islam dipersenda dan hal agama tidak dibela, di mana suara kalian?

Dan kini ketika segala hipokrasi, U- turn, matlamat menghalal cara, di mana kalian?

Orang perjuangan harus istiqamah, berjuang atas prinsip dan bukannya 'personality cult' atau bernostalgia dgn legasi lama,sebaliknya mengutamakan kepentingan ramai,bukan kepentingan individu.Kita harus beristiqamah bersama perjuangan bukan U- turn berkali-kali sebagai SuperMarchiavelli.

Salam hormat
TSAM
Sumber asal: Pidah dan Rais mengidap sindrom pasca persaraan ?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment