Pembangkang Akan Buat Pesta ‘Jualan Murah’ Pelbagai Janji Menjelang PRU 14 – Shahanim

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 1 March 2018

Pembangkang Akan Buat Pesta ‘Jualan Murah’ Pelbagai Janji Menjelang PRU 14 – Shahanim.
Timbalan Ketua UMNO Sungai Petani, Senator Datuk Shahanim Mohd Yusof percaya pakatan pembangkang akan membuat pesta ‘jualan murah’ dengan pelbagai janji seperti mana yang lazim mereka lakukan menjelang pilihanraya umum.

Justeru beliau mengingatkan rakyat khususnya pengundi bahawa pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk menidakkan apa jua tindakan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional ketika ini hanya semata-mata mahu memancing undi.

“Kalau sekadar nak bagi janji manis sesiapa pun boleh bagi…kalau saya sekadar nak bagi janji pun boleh. Minyak petrol sebagai contoh kita bagi RM1.00 seliter, GST kita hapuskan…BR1M kita naikkan, orang muda pula kita janjikan dengan pelbagai perkara dan macam-macam lagi yang hebat sesiapa pun boleh cakap kerana tidak terikat sebagai sebuah kerajaan. Namun boleh tak semua ini dikotakan…boleh atau tidak perkara yang dijanjikan ini dilaksanakan.

“Jangan mudah terpedaya dengan tohmahan, segala manipulasi dan segala perkara yang ditimbulkan sebaliknya sama-sama mengkaji secara keseluruhan apa yang telah dibuat oleh kerajaan“, katanya dalam wawancara ekslusif bersama UMNO-Online, baru-baru ini.

Menjelaskan lebih lanjut berhubung pelbagai dakwaan dan fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan hari ini, Shahanim mengajak semua pihak khususnya seluruh rakyat untuk sama-sama-sama membuat penilaian dan membuat perincian mendalam terhadap tohmahan terbabit.

“Hakikatnya sejak dari dulu pimpinan UMNO dan BN sentiasa ingin menolong rakyat… memang kita akui ada juga kekurangan yang berlaku namun secara keseluruhannya pelbagai perancangan dan pelaksanaan dibuat oleh kerajaan baik menerusi kementerian mahu pun agensi selain daripada parti sendiri adalah semata-mata demi rakyat.

“Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) contohnya yang cukup peka dan prihatin bukan sahaja kepada golongan miskin bandar malah miskin luar bandar… bantuan asas untuk membaiki rumah, jalan dan macam-macam bantuan lain.

“Kementerian pelajaran pula…daripada darjah satu hingga ke darjah enam pelbagai bantuan disalurkan. Bermula dengan bantuan awal persekolahan, rancangan makanan tambahan, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, buku teks, yuran peperiksaan dulu kena bayar dah dihapuskan…apa lagi.

“Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pula…anak orang susah yang terpilih…lima tahun menetap di sana dengan makan lima kali sehari, warden, tenaga pengajarnya terbaik… result SPM elok dan bersedia untuk masuk universiti kemudiannya balik jadi engineer, balik jadi doktor dan macam-macam lagi. Macam mana kita nak cari kerajaan seumpama ini. Ini hanya sebahagian daripada contoh apa yang kerajaan BN lakukan setakat ini,” ujarnya.

Jelas beliau lagi bukanlah tujuan untuk mengungkit tetapi tetapi setiap kecaman atau rasa tidak puas hati yang mahu dilemparkan biarlah adil dan berasas.

“Ya memang mudah untuk mengkritik dan melemparkan apa jua dakwaan.  Inilah beza antara kerajaan dan pembangkang. Sekecil-kecil perkara pun mereka boleh perbesarkan dan menokok tambah. Tapi kita yakin apa yang kerajaan BN lakukan bukan janji kosong.  Bandinglah dengan apa yang pembangkang lakukan.

“Di sini kita percaya rakyat bijak untuk buat penilaian.. kalau bukan semua rakyat sebahagian besar daripadanya tahu menilai kerajaan mana yan terbaik untuk mereka,“ katanya. -MediaUMNO

Sumber asal: Pembangkang Akan Buat Pesta ‘Jualan Murah’ Pelbagai Janji Menjelang PRU 14 – Shahanim

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment