Najib ke Langkawi Hulur Dana, Mahathir Ke Pekan Bawa Hasutan

Posted by Kerah Lekung on Friday 2 March 2018

Najib ke Langkawi Hulur Dana, Mahathir Ke Pekan Bawa Hasutan.
Hari ini, gegak gempita warga penyokong dan pentaksub Tun Dr Mahathir apabila Pengerusi Pakatan Harapan itu berani tampil ke Parlimen Pekan, kubu kuat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Samada di media sosial mahupun secara realitinya di sekitar Kuantan dan Pekan, mereka mengalu-alukan keberanian Mahathir untuk datang ke Pekan bagi menghadiri beberapa majlis di sana.

Mudah untuk disimpulkan bahawa kunjungan julung-julung kalinya Mahathir ke Pekan ini sebenarnya di buat untuk membalas semula kunjungan Datuk Seri Mohd Najib ke Langkawi yang dilakukan pada16 Februari yang lalu. Dalam kunjungan berkenaan, beliau telah mengumumkan peruntukan besar RM 1.3 bilion buat Langkawi bagi menaik taraf beberapa infrastruktur serta membangunkan lagi pulau pelancongan berkenaan.

Berlainan pula dengan Mahathir apabila kunjungan kali pertamanya ini membawa mesej hasutan buat penduduk dan pengundi Parlimen Pekan untuk berhenti daripada mengundi Datuk Seri Mohd Najib pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Selain itu, seperti biasa, dia hanya membawa janji-janji kosong Pakatan Harapan untuk mengaburi mata para pengundi di Parlimen berkenaan.

Sebenarnya, tidak sukar untuk memahami kenapa Mahathir begitu beriya-iya mahu ke Pekan. Pastinya dia berasa tercabar dengan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Najib di Langkawiyang dikatakan bakal menyaksikan kembalinya Mahathir ke dalam kempen Pilihan Raya. Untuk rujukan, Mahathir dikatakan bakal bertanding di Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Hal ini dibuktikan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin ALi yang mendakwa, BN dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tercabar dengan pengumuman yang dibuat oleh Pakatan Harapan yang mendakwa Mahathir akan menjadi calon mereka di Langkawi.

Walhal, kunjugan Datuk Seri Mohd Najib ini sememangnya sudah dirangka jauh lebih awal dari pengumuman yang dibuat oleh Pakatan Harapan. Bukan satu perkara yang menghairankan apabila beliau mengumumkan satu-satu peruntukan di Parlimen yang beliau lawati.

Sebagai contoh, sewaktu di Sarawak, hampir kesemua DUN yang dikunjungi beliau menerima peruntukan khas daripada beliau. Malah, di beberapa negeri, mereka turut menerima peruntukan yang besar untuk membangunkan pelbagai infrastruktur termasuk membaik pulih dan menaik taraf kemudahan asas untuk rakyat.

Ini bukannya gerak kerja berlandaskan politik semata-mata. Ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam mebela nasib rakyat serta memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat. Tidak seperti Mahathir dan Pakatan Rakyat yang mana setiap hari mereka akan menabur pelbagai janji kosong dan hasutan fitnah hanya semata-mata mahu rakyat membenci kerajaan. Agenda pembangunan? Bukan urusan mereka!

Sumber asal: Najib ke Langkawi Hulur Dana, Mahathir Ke Pekan Bawa Hasutan

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment