Hina Speaker: Tiga MP DAP digantung hadir sidang Dewan Rakyat 10 hari...Pemimpinan DAP Perak Memang Biadap

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 27 March 2018

Hina Speaker: Tiga MP DAP digantung hadir sidang Dewan Rakyat 10 hari...Pemimpinan DAP Perak Memang Biadap.
Sendiri bikin...sendiri tanggong.Tiga ahli parlimen DAP, Nga Kor Meng (Taiping), Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V. Sivakumar (Batu Gajah) digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 10 hari mulai hari ini kerana menghina Speaker dan Dewan.

Keputusan itu diumum Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee sebaik selesai sesi soalan lisan di Dewan Rakyat, Isnin.

Pada 7 Mac lalu, ketiga-tiga wakil rakyat DAP itu membuat kenyataan bersama menuduh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyalahguna kedudukan apabila menolak soalan berkaitan kapal mewah yang dikaitkan dengan Jho Low serta soalan-soalan 1MDB.

Mereka juga mendesak Pandikar melepaskan jawatan.

Dengan hukuman gantung daripada menghadiri Dewan selama 10 hari, Nga, Ngeh dan Sivakumar tidak boleh mengambil apa-apa bahagian di dalam persidangan Dewan Rakyat yang dijadulkan berakhir 5 April depan.

Ngeh dan Sivakumar yang hadir dalam sidang cuba memprotes keputusan itu.

Nga pula tidak hadir.

Berikut klip video youtube kenyataan Ronald Kiandee mengenai hukuman gantung terhadap ketiga-tiga ahli parlimen DAP di Dewan Rakyat, hari ini.https://www.youtube.com/watch?time_continue=7&v=3CngM3QY0lA

Sumber asal: Hina Speaker: Tiga MP DAP digantung hadir sidang Dewan Rakyat 10 hari...Pemimpinan DAP Perak Memang Biadap

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment