Equanimity telah disembunyikan atas arahan Jho Low?

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 27 March 2018

Equanimity telah disembunyikan atas arahan Jho Low?.
Ejen FBI: Jho Low beri arahan melalui WeChat
mk  |  Dikemaskini 27 Mac 2018, 6:36 petang
Ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho memberi arahan kepada kapten The Equanimity menerusi aplikasi pesanan mudah alih WeChat, kata ejen khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Justin McNair.

McNair berkata demikian semasa memfailkan dokumen Mahkamah Daerah California Tengah, Amerika Syarikat untuk menyokong usul kerajaan negara itu bagi mendapatkan hak tahanan (custody) ke atas Equanimity.

Kerajaan Amerika sedang memohon hak tahanan ke atas kapal persiar itu bagi membolehkannya melelongnya di negara itu sebagai sebahagian daripada tindakan pelucuthakan atas aset yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana berkaitan 1MDB.

Pemfailan mahkamah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang dilihat oleh Malaysiakini, melaporkan McNair melaksanakan proses penyitaan itu dengan menaiki Equanimity di Indonesia pada 9 Mac lalu dan menampal salinan waran di atas sebuah meja di kapal layar itu.

Menurut McNair, Low, setelah mendapat tahu usaha Amerika Syarikat untuk merampas Equanimity, telah mengarahkan kapten kapal supaya "menyembunyikan" diri mereka.

"Salah satu arahan Low adalah mematikan Sistem Pengenalan Automatik Equanimity (AIS) sebaik sahaja berita itu diketahuinya.

"Meskipun ada kapal yang kadang kala mematikan AIS mereka untuk 'menyembunyikan' diri ketika berada di kawasan berisiko tinggi khususnya jika terdapat ancaman lanun yang serius, Equanimity tidak berada di kawasan berisiko tinggi ketika mematikan AIS,” katanya.

McNair berkata Low juga mengarahkan kapten Equanimity untuk mengelakkan kawasan perairan sesetengah negara tertentu, termasuk Australia, Singapura dan Amerika Syarikat.

"(Arahan ini dikeluarkan) dengan alasan bahawa memasuki kawasan berkenaan boleh menjadi 'masalah utama'.

"Kapten diberitahu untuk membawa Equanimity ke negara seperti Vietnam dan Kemboja, yang dianggap 'selamat'.

"Arahan Low memang dipatuhi, sebagai contoh, AIS Equanimity dimatikan sejurus selepas berita mengenai tindakan memburunya, dan Equanmity memang mengelakkan kawasan yang diarahkan oleh Low kepada kapten," katanya.

Menurut pemfailan mahkamah DOJ semalam, kru Equanimity atau Low telah membuat "salah perhitungan di Indonesia" di mana ia dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia atas permintaan kerajaan Amerika.

DOJ juga mengulangi bahawa Low adalah pemilik kapal persiar bernilai AS$250 juta yang dibeli dengan dana yang disalahgunakan dari 1MDB.

Jho Low melalui jurucakap pada 28 Februari lalu dilaporkan kesal dengan rampasan asetnya kerana dibuat "tanpa sebarang pembuktian".

Katanya, rampasan itu berdasarkan tuduhan salah serta bermotifkan politik
.
Berkaitan:
Gagal bawa Equanimity ke AS, DOJ mohon hak jaga kapal

DOJ ulangi - Jho Low beli Equanimity guna dana 1MDB

Sumber asal: Equanimity telah disembunyikan atas arahan Jho Low?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment