Ketika ini, hampir seluruh parti politik yang ada di negara ini sedang dalam rangka persiapan untuk menghadapi detik Pilihan Raya Umum ke 14 yang dijangka bakal diadakan kurang dari 60 hari sahaja lagi. Pelbagai rangka persiapan dilakukan samada di peringkat BN pusat mahupun negeri dan kesemuanya menggenggam satu impian iaitu mahu memastikan BN menang besar pada PRU ke 14 kali ini.
Namun begitu, impian ini bukan mudah untuk di gapai. Semuanya terletak di tangan masing-masing bagaimana mahu menjaga dan menggerakkan jentera Pilihan Raya masing-masing. Malah, ketepatan calon yang bakl dipertaruhkan juga turut memainkan peranan yang cukup besar bagi menjamin kemenangan BN kali ini.
Negeri Perak juga tidak terkecuali daripada keadaan semasa ini. Jika kita imbau pada Pilihan Raya Umum ke 11 pada tahun 2008, siapa sangka, Perak yang sentiasa menjadi kubu kuat BN pada setiap kali Pilihan Raya, tumbang ditangan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP.
Benar, keputusan secara kesuluruhannya adalah BN menguasai 28 kerusi daripada 58 kerusi yang dipertandingkan. Namun, gabungan DAP, PAS dan PKR berjaya meraih 31 kerusi DUN yang menyaksikan buat pertama kalinya, pembangkang berjaya membentuk kerajaan di negeri Perak. Kerajaan ini diketuai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS yang hari ini telah beralih kepada PAN.
Walaupun jangka hayat kerajaan ini hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja, namun kesan daripada peralihan mengejut sebuah kerajaan negeri ini menyaksikan kedudukan BN di Perak berada pada keadaan yang amat goyah pada ketika itu.
Sejak dari itulah, BN menerusi bimbingan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi BN, mula mengatur langkah mengukuhkan semula kekuatan BN dan hasilnya pada Pilihan Raya Umum ke 13, walaupun pada ketika itu, berlakunya “tsunami Cina”, Perak masih mampu bertahan dan membentuk sebuah kerajaan sehingga kini.
Namun begitu, usah cepat berasa selesa dengan apa yang sedang dinikmati hari ini. Hari ini, disaat gendang Pilihan Raya Umum ke 14 semakin kuat bergema, masih terdapat beberapa Bahagian di Perak sedang berhadapan dengan krisis dalaman yang menyaksikan persaingan untuk merebut, siapa yang paling layak menjadi calon buat BN.
Tidak salah sebenarnya bersaing untuk menjadi calon. Namun yang salahnya sekiranya pihak yang tidak terpilih bertindak mensabotaj calon yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan sehingga menyaksikan BN Perak tumbang buat kali kedua dalam tempoh 10 tahun akibat perasaan dendam dan marah tidak dipilih menjadi calon.
Situasi inilah yang menyaksikan kelemahan BN Perak satu ketika dahulu. Sudah tentu BN Perak tidak mahu perkara seumpama itu berlaku lagi. Oleh yang demikian, perlunya ada persefahaman dan saling bantu membantu antara satu sama lain dengan menolak sebarang unsur sabotaj di kalangan para pemimpin di Perak.
Kita tidak boleh lagi memikirkan kehendak diri semata-mata kerana sudah terbukti, semasa tempoh 10 bulan pakatan pembangkang mentadbir negeri Perak, yang mengalami kerugian adalah seluruh rakyat negeri Perak. Sudah tentu kita tidak mahu lagi peristiwa seumpama ini berlaku buat kali kedua.

Sumber asal: BN Perak Perlu Ambil Iktibar Peristiwa Pahit 2008
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment