BERLAKU IMPLIKASI BESAR APABILA DR M ADAKAN ‘PERJANJIAN RAHSIA’ DENGAN KIT SIANG

Posted by Kerah Lekung on Thursday 1 March 2018

BERLAKU IMPLIKASI BESAR APABILA DR M ADAKAN ‘PERJANJIAN RAHSIA’ DENGAN KIT SIANG.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, perkara pokok yang terkandung dalam dua kenyataannya kira-kira dua tahun lalu adalah ‘perjanjian rahsia’ antara Lim Kit Siang dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempunyai implikasi besar kepada landskap politik tanah air terutamanya kepada pengundi dan isu berkaitan pengundi Melayu.

Katanya, ini mem­buatkan masyarakat sehing­ga ke hari ini tertanya-tanya siapakah yang akan memegang jawatan Perdana Menteri kerana Dr. Mahathir pernah suatu ketika dahulu menyatakan kerisauan beliau jika Penasihat DAP itu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Walaupun jawatan yang dikatakan akan dipegang oleh Kit Siang adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri namun perkara yang menjadi kebimbangan rakyat adalah kemungkinan bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu untuk melonjak naik memegang tampuk pemerintahan adalah sangat tinggi.

Ini kerana secara realitinya Kit Siang selaku Ketua Parti DAP memegang kerusi terbanyak dalam Parlimen, ujar Tunku Abdul Aziz.

Perancangan Kit Siang yang berhasrat menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri namun perkara itu cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum dan juga Pakatan Pembangkang.

Tunku Abdul Aziz ketika memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini pada perbicaraan kes saman fitnah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terhadap beliau menyatakan, isu Mukhriz sebagai Perdana Menteri tidak pernah timbul dan bukan perkara pokok dalam kenyataan media pertamanya pada 30 Disember 2016.

“Sebagai seorang pemimpin politik, Mukhriz tidak seharusnya terlalu sensitif kepada analisis atau pendapat-pendapat tentang perkembangan politik beliau. Rakyat berhak memberi komen dan kupasan mengenai perjalanan politik seorang pemimpin politik,” kata Tunku Abdul Aziz yang menafikan beliau memfitnah Mukhriz.

Meskipun nama Mukhriz ada disebut dalam kenyataan akhbar pertama namun apabila dibaca secara keseluruhan ternyata langsung tidak merujuk dan tidak relevan kepada Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Mukhriz, 54, dalam pernyataan tuntutannya mendakwa pada 30 Disember 2017, pihak defendan ada mengeluarkan satu kenyataan bertajuk ‘Memang Wujud Pakatan Sulit antara Tun Mahathir dan Kit Siang’ dan dilaporkan di dalam blog AIDCNews.

Mukhriz mendakwa, pada 1 Januari tahun sama, pihaknya membuat penafian secara terbuka dan mengemukakan notis tuntutan meminta defendan membuktikan kenyataan fitnah itu, sekiranya gagal, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan.

Bagaimanapun, pada 3 Januari tahun lalu, defendan ada menerbitkan atau menyebabkan terbit satu lagi kenyataan media bertajuk ‘Tunku Abdul Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pengakuan bersumpah’.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Nordin Hassan bersambung Khamis ini dengan sesi soal balas oleh peguam plaintif terhadap Tunku Abdul Aziz.

Sumber asal: BERLAKU IMPLIKASI BESAR APABILA DR M ADAKAN ‘PERJANJIAN RAHSIA’ DENGAN KIT SIANG

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment