Baguslah 1MDB tutup... pembangkang panik kenapa...?

Posted by Kerah Lekung on Friday 2 March 2018

Baguslah 1MDB tutup... pembangkang panik kenapa...?.
Memang pembangkang kehabisan isu dan modal... mereka jarang servis rakyat, apatah lagi fikir tentang masa depan negara.

Kerja paling mudah adalah menyemai kebencian dengan berbagai fitnah dan hasutan.

Yang terbaru kes penutupan syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang cuba dijadikan isu oleh pihak pembangkang.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa 1MDB telah mengikuti pelan rasionalisasi dan syarikat berkenaan juga telah menyelesaikan sebahagian daripada hutang serta tidak ada sebarang hutang jangka pendek dan syarikat terbabit juga telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik.

"Berdasarkan kepada perakuan yang dibuat oleh laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), aset tanah terutamanya sudah pun dipindahkan kepada Minister Of Finance Incorporated.

"1MDB dibuat dengan niat yang baik kemudian difitnahkan, ditelanjangkan dan digodak. Jadi kalau wujud pun ia sudah sukar hendak menjalankan perniagaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Minda (amp) Sesi Dialog Perjuangan For All malam Rabu.

Program itu menampilkan Anggota Parlimen Kepala Batas yang juga Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Anggota Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul sebagai ahli panel manakala Annuar bertindak sebagai moderator pada majlis yang berlangsung di Permatang Langsat, di sini.

Selasa lepas, Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah dilapor berkata 1MDB akan ditutup selepas semua hutangnya selesai dibayar.

Sumber asal: Baguslah 1MDB tutup... pembangkang panik kenapa...?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment