Badan NGO Desak Mahathir Dedahkan Siapa Biayai Ternakan Kuda Di Argentina

Posted by Kerah Lekung on Friday 2 March 2018

Badan NGO Desak Mahathir Dedahkan Siapa Biayai Ternakan Kuda Di Argentina.
Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini mendesak Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad untuk menjawab dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri itu ada membela berpuluh ekor kuda di Argentina kerana ia amat mencurigakan.

Presidennya, Ramesh Rao hari ini dalam satu kenyataan mahu Mahathir jawab berapakah kos penjagaan kuda-kuda itu dan siapa yang membiayainya menggunakan sumber dana dari mana?

Beliau berkata, semalam Mahathir jawab dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kos penjagaan kuda Mahathir lebih mahal dari Quinoa dengan mengatakan bahawa kuda yang ditunggangnya diberi makan lobak yang murah dan bukan quinoa.

Ramesh berkata, Mahathir sememangnya menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan orang ramai kerana dakwaan beliau memiliki ladang ternakan kuda di Argentina sudah lama kedengaran dan setiap kali ia dipersoalkan, Mahathir hanya menafikannya tetapi tidak mahu mengambil tindakan undang-undang.

“Dalam laporan Malaysiakini semalam pun, Mahathir nafikan bahawa beliau ada memelihara kuda di Argentina tapi mengaku ke sana untuk menunggang kuda setahun sekali.

“Jika hanya mahu tunggang kuda, di Malaysia ada banyak pusat ekuestrian dan ladang kuda yang terbaik, kenapa mesti pergi ke Argentina setiap tahun?” katanya.

Mahathir dalam kenyataannya semalam berkata bahawa beliau sudah dua tahun tidak ke sana menunggang kuda kerana kesibukan untuk menjatuhkan Najib.

“Ada apa istimewanya ladang kuda di Argentina sampai perlu ke sana setiap tahun? Adakah menunggang kuda di negara ini lebih mahal daripada pergi menunggang kuda di Argentina?

“Kita hendak tahu juga, Mahathir ke sana menggunakan pesawat jenis apa dan jet siapa?” kata Ramesh.

Beliau berkata, seperti kebiasaan Mahathir tidak akan menjawab desakan-desakan yang ada tapi percaya lambat laun perihal ladang kuda di Argentina itu akan terbongkar juga bahawa ia dibeli serta dibiayai oleh sumber wang yang mencurigakan. Beliau percaya, Mahathir tidak akan mampu menyembunyikan perkara itu sampai bila-bila.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, pihak PMSP berjaya mengadakan program Bual Bicara Hala Tuju Ekonomi dan Isu-Isu Semasa bersama dengan Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Lokman Noor Adam di Hutan Melintang, Perak, semalam.

“Program berkenaan bertujuan menerangkan dengan lebih jelas, tepat dan tulus berkenaan segala perancangan kerajaan di dalam membantu, memahami malah berusaha untuk menyenangkan bebanan yang rakyat hadapi.

“Penjelasan isu subsidi kepada rakyat, harga barangan dan inisiatif kerajaan bagi memerangi gejala kenaikan harga barang sesuka hati, masalah pembahagian BR1M dan penerangan bantuan kerajaan untuk rakyat serta saluran yang sepatutnya diperolehi diterangkan secara jelas, semalam,” katanya.

Menurut Ramesh, ia dihadiri 250 orang penduduk setempat.

“Kita juga mengagihkan beras 5kg kepada golongan yang berpendapatan rendah RM1,200 dan ke bawah di akhir program,” katanya.

Sumber asal: Badan NGO Desak Mahathir Dedahkan Siapa Biayai Ternakan Kuda Di Argentina

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment