ANAK NAJIB LEBIH BERDIKARI BERBANDING ANAK MAHATHIR

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 1 March 2018

ANAK NAJIB LEBIH BERDIKARI BERBANDING ANAK MAHATHIR.
Sejak pembangkang bangkitkan isu makanan harian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, ramai orang mula berminat dengan perniagaan makanan kesihatan, quinoa yang secara kebetulannya melibatkan anak Najib, Norashman.

Quinoa jenama Quib itu adalah dibawah keluaran syarikat Rasa Food Asia Sdn. Bhd. dimana Ashman merupakan pengarah syarikat berkenaan. Namun Ashman bukanlah pemegang saham syarikat itu, dua pertiga syarikat itu dimiliki oleh seorang lagi pengarah syarikat iaitu Mohd Fadhli Abdul Farish dan selebihnya dimiliki oleh Kaveh Wong Tz Toe yang juga pengarah syarikat itu.

Pendedahan pembangkang mengenai perniagaan anak Najib ini membuktikan anak lelaki Najib ini berusaha menjalankan perniagaan sendiri dan tidak terlibat dalam perniagaan dengan kerajaan seperti yang dilakukan Mahathir dan keluarganya.

Dengan kata mudahnya, Ashman sanggup berusaha sendiri dari bawah tanpa mengambil kesempatan sebagai seorang anak kepada Perdana Menteri untuk merebut ‘jalan pintas’ supaya menjadi kaya raya melalui pertolongan ‘istimewa’ dari pihak kerajaan.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata isu yang cuba ditimbulkan pembangkang berjaya membuktikan bahawa Najib tidak menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri demi kepentingan perniagaan ahli keluarganya.

Rizal turut berkata, selain tidak terlibat dalam bisnes dengan kerajaan, Ashman sebagai anak perdana menteri juga tiada perniagaan perkapalan, tidak mendapat kontrak dari Petronas dan tidak menggunakan kuasa bapanya untuk mendapat sebarang projek atau kontrak daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Secara tidak langsung ia membawa maksud yang perdana menteri hari ini tidak menggunakan kuasanya untuk kepentingan perniagaan ahli keluarganya.

Anak sendiri hendak berniaga kena usaha sebagaimana orang lain hendak berniaga,” kata Rizal.

Ini sangat berbeza dengan anak Mahathir yang mempunyai kekayaan luar biasa bernilai berbilion ringgit dalam masa yang singkat tanpa didedahkan bagaimana mereka mendapat kekayaan tersebut sampailah sekarang.

Seorang pemimpin yang hebat adalah bapa yang mampu mendidik anaknya untuk berdiri sendiri di kaki mereka tanpa perlu ‘menyuap’ mereka di setiap peringkat kehidupan. ‘Action speaks louder than word’ dan Najib telah membuktikan beliau adalah pemimpin yang hebat menerusi perbuatannya.

Tak perlu guna kata-kata sindir dan fitnah untuk buktikan dirinya hebat seperti yang dilakukan Mahathir. Malahan, fitnah pembangkang ini makan diri mereka sendiri apabila bukan sahaja tidak berjaya memburukkan imej Najib tetapi berjaya buktikan beliau tidak menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi seperti yang dilakukan Mahathir anak beranak. 


Sumber asal: ANAK NAJIB LEBIH BERDIKARI BERBANDING ANAK MAHATHIR

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment