HEBAT sungguh calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Manakan tidak, masalah pengagihan kerusi parti-parti dalam pakatan tersebut dapat diselesaikannya dalam tempoh kurang 48 jam sahaja!
Sedangkan pada Ahad lalu ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kecoh melaungkan ‘ini tidak adil’dan menuntut lebih banyak kerusi dalam Konvesyen Pakatan Harapan yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan namun tiba-tiba hari ini kes itu didakwa Dr. Mahathir telah selesai.
Baguslah kalau betul selesai, tetapi nampak gayanya ahli-ahli dan penyokong parti di peringkat akar umbi yang menggunakan logo bunga raya itu ibarat tidak begitu penting kerana langsung tidak diajak untuk berbincang.
Pengakuan Dr. Mahathir dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini membayangkan beliau yang juga Pengerusi PPBM dan seluruh barisan kepemimpinan parti yang lain mungkin tidak kisah dengan negeri-negeri lain, sebaliknya hanya mengutamakan Kedah dan Johor.
Mungkin kerana negeri jelapang padi itu tempat asal beliau atau anaknya, Datuk Seri Mukhriz yang dahulu pernah menjadi Menteri Besar di situ. Johor pula dikatakan simbolik maruah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh.
Agaknya sebab itulah, mereka tidak kisah apabila menerima hanya enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Negeri Sembilan berbanding sekutu-sekutu mereka iaitu PKR yang diperuntukkan 12 kerusi DUN, DAP (11 kerusi) manakala PAN (7 kerusi). -UTUSAN ONLINE

Sumber asal: SUDAH SELESAIKAH MASALAH BAHAGI KERUSI PAKATAN HARAPAN?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment