OSTAZAH ECAH MENGAKU DIPERGUNAKAN PARTI POLITIK???

Posted by Kerah Lekung on Friday, 2 February 2018

OSTAZAH ECAH MENGAKU DIPERGUNAKAN PARTI POLITIK???.
Setelah kembali meraih populairiti sejak menyertai pertandingan dikaca televisyen, Si Ostazah Ecah ni akhirnya mengakui bahawa sebelum ini dia hanya dipergunakan oleh parti Politik semata - mata.

Umu mengetahui bahawa Si Osazah Ecah tu pernah menyertai sebuah parti Politik dan giat berkempen dipentas ceramah malah turut menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Namun malangnya, bidang Politik bukan satu perkara yang boleh membawa kecemerlangan buat Si Ostazah Ecah. Tambahan pula, zaman kegemilangan artis itu juga sudah lama berlalu.

Maka keadaan itu yang membuatkan dia tidak diterima masyarakat dan akhirnya menyebabkan dia kecewa. Dan tambah memalukan ialah apabila kekecewaan itu berpanjangan.

Terbaru, Si Ostazah Ecah tu tampil meluahkan rasa kecewanya terhadap parti Politik di Malaysia yang didakwa hanya mempergunakan golongan artis untuk meraih sokongan dari rakyat.

Kata Si Ecah, golongan artis juga merupakan kelompok profesional dan tidak boleh sewenang - wenangnya diperlekehkan sesuka hati serta dipergunakan oleh parti Politik tertentu.

Kenyataan Si Ecah tu ditujukan khusus buat puak Pakatan Haprak agar mereka tidak mendiskriminasikan golongan artis sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Walaupun apa yang diperkatakan oleh Si Ostazah Ecah tu benar, namun hakikatnya, baru hari ni dia sedar yang dia telah dipergunakan sebelum ini. Malah sekarang pun, benda yang sama juga berlaku.

Adakah Si Ostazah Ecah tu tidak sedar bahawa dia hanya dipergunakan oleh parti PAN untuk meraih sokongan dengan populariti yang dimiliki melalui pertandingan nyanyian sebelum ini?

Pokok pangkalnya, penglibatan seseorang artis tu dengan mana - mana parti Politik sekali pun mesti atas dasar kesukarelaan mereka. Bukan hanya semata - mata kerana artis tu sendiri nak mencari Publisiti murahan atau mengharapkan bayaran yang lumayan!!!

Sumber asal: OSTAZAH ECAH MENGAKU DIPERGUNAKAN PARTI POLITIK???

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment