Mana rumah mampu milik yang Azmin bina, soal UMNO Selangor

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 10 February 2018

Mana rumah mampu milik yang Azmin bina, soal UMNO Selangor.
 Tunjukkan ‘Rumah Selangorku’ yang sudah dibina, demikian cabaran UMNO Selangor terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Setiausahanya, Datuk Johan Abd Aziz turut mengesa kerajaan negeri diterajui PKR supaya berhenti daripada terus berbohong kononnya pembinaan rumah berkenaan menjadi keutamaan mereka selepas mengumumkan pembatalan sembilan projek rumah mampu milik dengan menyalahkan pemaju.

Menurutnya, sebelum ini EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad berbohong apabila mendakwa projek Rumah Selangorku menjadi keutamaan berbanding projek lain.

“Nampaknya kerajaan negeri lebih mengutamakan projek mega yang membawa keuntungan kepada kantung mereka berbanding keperluan rakyat.

“Jadi sila nyatakan berapa banyak rumah mampu milik yang siap atau sedang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta sila nyatakan jumlah pembeli yang berjaya?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, pembatalan sembilan projek Rumah Selangorku itu memberi gambaran kegagalan tadbir urus kerajaan Selangor di bawah pimpinan Azmin.

“Kenapa batalkan sembilan projek berkenaan, sedangkan kerajaan negeri memberikan kelonggaran kepada projek mega seperti The Lourver yang diluluskan Majlis Perbandaran Kajang walaupun terdapat bantahan kerana didakwa mempunyai unsur penyelewengan,” soal ADUN Semenyih itu.

Sumber asal: Mana rumah mampu milik yang Azmin bina, soal UMNO Selangor

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment