- Hari ini saya cukup tertarik dengan artikel terbaru blog NajibRazak yang mengulas tentang Undi Rosak dan Dasar Masa Depan Barisan Nasional . Antara disentuh beliau adalah tentang skandal raksasa terowong dasar laut kerajaan DAP yang kini menghantui Guan Eng yang mana sebelum ini berdepan skandal banglo .
- Ada benarnya juga kata Perdana Menteri bahawa di P.Pinang sudah ada 2 jambatan mengapa perlunya terowong lagi yang membazir wang rakyat.
- Selain itu , selama 39 tahun kerajaan BN mentadbir P.Pinang , tiada seorang pun pemimpin parti GERAKAN menjadi Ketua Menteri dikaitkan dengan rasuah berbanding DAP baru 2 penggal berkuasa sudah terpalit najis rasuah dan skandal !!
-Sekarang mana-mana pun rasuah dan berlaku penyelewengan kuasa, daripada pembelian rumah banglo hinggalah kepada pembinaan terowong dasar laut.
- Oleh itu sudah tiba masanya rakyat P.Pinang untuk membuat penilaian sendiri berdasarkan dasar kepimpinan regim DAP ini yang jelas tidak membina rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyat .
Saya dimaklumkan bahawa baru-baru ini wujudnya gerakan mahu merosakkan undi mereka kerana berpendapat yang bahawa parti politik Kerajaan dan pembangkang kedua-duanya tidak menguntungkan rakyat, maka merosakkan undi adalah jalan yang terbaik.
Memang ada kelemahan di kedua-dua belah pihak, namun jika rakyat tidak mampu menilai kami dari segi kelemahan, adalah lebih baik anda memilih berdasarkan pembangunan yang dihasilkan antara parti Kerajaan dan pembangkang.
Berbeza dengan pembangkang, banyak pembangunan infrastruktur negara seperti MRT, Jambatan Pulau Pinang 2, Tun Razak Exchange 106, KL118, UTC, RTC, Kota Iskandar, ECRL, HSR telah dan sedang dijalankan oleh Kerajaan.
Dan ini semua menambah peluang pekerjaan dan juga peluang perniagaan. Malah program-program tambah kuasa beli yang telah kami jalankan seperti dana keusahawanan, subsidi perubatan, pendidikan, skim-skim latihan seperti SL1M, rumah mampu milik seperti PR1MA, menjadi bukti yang semua ini adalah demi pembangunan negara dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Berbeza dengan pembangkang, negeri-negeri ditadbir mereka mengenakan cukai tanah melambung tinggi sehingga 1,671 peratus di Pulau Pinang dan 300 peratus di Selangor.
Di Pulau Pinang, tak cukup dengan skandal banglo, baru-baru ini muncul pula tuduhan skandal raksasa terowong dasar laut Pulau Pinang.
Kita sudah ada dua jambatan Pulau Pinang, apa perlunya dibazirkan wang rakyat membina terowong dasar laut itu.
Jika dibandingkan, Kerajaan BN konsisten dalam membawa pembangunan di negara ini, sekaligus menjamin masa depan setiap rakyat Malaysia.
Tidak perlu rosakkan undi anda, pilihan terbaik untuk rakyat adalah jelas sekali.
Sekian sahaja dari saya.
Sumber asal: HANYA DI PENANG , SKANDAL & RASUAH BERLELUASA DI ZAMAN KERAJAAN DAP


{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment