WAN AZIZAH LARI KE PANDAN , NURUL IZZAH AKAN JADI KORBAN POLITIK DI PERMATANG PAUH

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 24 April 2018

WAN AZIZAH LARI KE PANDAN , NURUL IZZAH AKAN JADI KORBAN POLITIK DI PERMATANG PAUH .



Akhirnya terjawab siapa calon P44 Permatang Pauh iaitu Nurul Izzah yang sebelum ini berdolak dalih menafikan bila didakwa tanding di kerusi ini . 

Manakala 2  DUN iaitu Penanti & Seberang Jaya juga dikekalkan calon penyandang iaitu Dr Norlela Ariffin dan Dr Afif Bahardin .  Calon Permatang Pauh sudah diketahui iaitu Faiz Fadzil calon luar   dari PAN .

Wan Azizah memang dijangka akan lari ke kerusi selamat seperti mana pemimpin utama pembangkang lain seperti Kit Siang , Mat Sabu . Sebab selama dia menjadi wakil rakyat tidak memberi perkhidmatan yang baik , jarang di kawasan bila rakyat memerlukan bantuan . 

Kini di bawa pulak anaknya ke Permatang Pauh dari Lembah Pantai , seorang bekas wakil rakyat sudah 2 penggal menang tapi jarang nampak muka dan memberi khidmat dengan baik .

Lihat luahan hati pengundi Lembah Pantai ... 






Adakah ini calon yang mahu dijadikan eksperimen untuk rakyat Permatang Pauh 

Adakah kajian INVOKE menyatakan kalau calon baru menggantikan Wan Azizah  ditampilkan boleh memenangkan PKR di Permatang Pauh ? 


Jika percaturan  ini dicaturkan adalah silap sebab BN Permatang Pauh diketuai  Datuk Zaidi   sudah membuat kerja lebih 3 tahun bersungguh -sungguh kepada rakyat dan hampir ke semua masyarakat dari pelbagai golongan dibantu tanpa kira fahaman politik . 

Lebih mengejutkan ialah mood rakyat Permatang Pauh ( kecuali macai PKR)   kini mahukan wakil rakyat yang boleh berkhidmat untuk masyarakat Pmtg Pauh . 

Itu belum dikira pertandingan 3 penjuru yang  melibatkan tsunami hijau   PAS yang juga dilihat bersedia untuk PRU14 ini .

Jadi , selamat datang Nurul Izzah ke Permatang Pauh walaupun anda mungkin  bukan pengundi di sini . 

Permatang Pauh bukan lagi 20 tahun dan tempat selamat untuk keluarga Anwar menagih undi ...


















Sumber asal: WAN AZIZAH LARI KE PANDAN , NURUL IZZAH AKAN JADI KORBAN POLITIK DI PERMATANG PAUH

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment