KUALA LUMPUR – Kepemimpinan autokrasi Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun memang tidak boleh dipisahkan, atas sebab itu parti-parti politik yang bekerjasama dengannya hari ini perlu lebih berhati-hati.
Pendirian dan janji-janji calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu wajar diragui kerana kerap berubah-ubah mengikut situasi, kepentingan serta khalayak audiens yang terlibat.
Perkara itu diakui oleh seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menyifatkan Pengerusi PPBM itu tidak akan mengakui kesalahannya, malah akan meneruskan tindakan yang sama sekiranya diberi mandat dan kuasa semula.
Senator Tan Sri S. Nallakaruppan berkata, Dr. Mahathir ibarat ular yang besar dan boleh mematuk mangsanya pada bila-bila masa apabila mempunyai kesempatan.
“Saya pun tak faham macam mana pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan boleh melupakan segala perbuatan Dr. Mahathir, sedangkan sebahagian daripada mereka telah menjadi mangsa termasuk ditahan di bawah ISA.
“Sekiranya beliau mendapat kuasa kelak, saya yakin 100 peratus Dr. Mahathir akan mewujudkan semula ISA dan menindas pula parti-parti yang bersamanya hari ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir di Parlimen semalam yang mempertahankan tindakannya mengekalkan ISA sepanjang menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.

Sumber asal: PH Akan Dimainkan Oleh Mahathir Kata Nallakaruppan
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment