Mansuh Tol, Pakatan Buat Pusingan U....Jangan Mudah Kita Diperbodohkan Oleh MAdey Ni

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 7 April 2018

Mansuh Tol, Pakatan Buat Pusingan U....Jangan Mudah Kita Diperbodohkan Oleh MAdey Ni.
KUALA LUMPUR – Selepas menjanjikan pemansuhan kutipan tol dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pakatan Harapan yang diketuai DAP bagaimanapun membuat pusingan U apabila menjelaskan yang pemansuhan tersebut hanyalah melibatkan tol bagi lebuh raya dalam bandar.

Memetik Utusan, dalam rakaman video sidang akhbar Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Parlimen semalam, calon Perdana Menteri sementara pakatan diketuai DAP itu mulanya dilihat teragak-agak dalam menjelaskan perkara tersebut sebelum memaklumkan yang pemansuhan tol akan dilakukan mengikut kontrak.

Itu pun selepas beliau dilihat merujuk dengan seorang pemimpin DAP bagi kepastian.

“Sebenarnya keputusan kita adalah (pemansuhan) tol di dalam bandar akan kita kekalkan, mansuh ikut kontrak,” katanya sambil mendapatkan penjelasan daripada pemimpin DAP mengenai perincian janji manifesto tersebut.

Berdasarkan video yang tular itu, Dr. Mahathir, 93, dilihat kurang jelas berhubung janji menghapuskan tol sehingga terpaksa merujuk perkara itu kepada seorang pemimpin DAP.

Yang turut hadir, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

Dalam manifesto yang diumumkan 9 Mac lalu, Pakatan Harapan menjanjikan untuk memansuhkan kutipan tol yang difahami merujuk kepada semua jenis lebuh raya, antara bandar dan dalam bandar.

Perkara tersebut menjadi bahan sindiran ramai kerana Dr. Mahathir sendiri berpegang kepada polisi kutipan tol dan perkara itu diulanginya termasuk dalam wawancara bersama Sunday Times Singapura minggu lalu.

Sementara itu, dalam sidang akhbar berkenaan, Dr. Mahathir turut menjelaskan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) hanya akan dilaksanakan Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari.

“GST akan dimansuhkan tetapi dalam 100 hari,” katanya sebelum tersasul menyebut beberapa kali akronim GST dengan GLC (syarikat milik kerajaan).

Seakan tidak selesa dengan situasi tersebut, Pengerusi PPBM itu seperti cuba berseloroh dengan mengakui dirinya sudah berusia dan tidak mampu bercakap dengan baik.

“Saya kelihatan lelaki tua, betul? Cakap pun dah bur bur,” katanya.

Sumber asal: Mansuh Tol, Pakatan Buat Pusingan U....Jangan Mudah Kita Diperbodohkan Oleh MAdey Ni

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment