PERANG KEM KARTEL AZMIN VS WAN AZIZAH BERI MASALAH PKR PERMATANG PAUH

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 22 April 2018

PERANG KEM KARTEL AZMIN VS WAN AZIZAH BERI MASALAH PKR PERMATANG PAUH .



Drama perang dingin  antara Kem Wan Azizah dengan kem Kartel Azmin Ali semakin bergolak dan bukan sahaja beri kesan kepada PKR Pusat malah di Permatang Pauh .

Presiden PKR telah pulang semasa Timbalannya Datuk Seri Azmin Ali   memberi ucapan pada majlis berkenaan .

Ketika ditanya, Wan Azizah berkata, beliau terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana mempunyai urusan parti dan perlu menandatangan watikah calon.

“Saya nak balik nak sign watikah kerana semua calon yang akan bertanding di bawah saya punya tandatangan,” katanya.

Hari ni pelbagai portal telah  melaporkan Presiden PKR itu menolak lapan nama yang dibawah list   Azmin sebagai calon di Selangor.



 PKR cuba masih lagi berteka teki untuk mengumumkan siapa calon di Permatang Pauh termasuk 2 DUN iaitu Penanti dan Seberang Jaya .  Nurul Izzah yang disebut-sebut  calon Permatang Pauh juga menafikan akan ke kerusi tradisi keluarga Anwar Ibrahim ini . 

 Berdasarkan kepada  hint di  program Datuk Seri Azmin Ali di pasar awam Penanti hari ini , hampir pasti penyandang  kerusi itu  Dr Norlela Arifin akan dipilih semula calon . Malah beliau juga adalah calon yang direstui Presiden PKR .

Cuma kerusi DUN Seberang Jaya masih lagi  belum tahu siapa calon  walaupun Dr Afif Bahardin dilihat  masih lagi berminat di situ.  

Ini mungkin disebabkan perkhidmatan wakil rakyat ini tidak memuaskan dan mendapat banyak rungutan rakyat . Malah dikalangan ahli PKR sendiri pun ada  tidak berpuas hati kerana banyak janji dijanjikan  bekas Adun Seberang Jaya ini tidak dibuat. 


Apa yang pasti pergolakan dalaman PKR ini akan memberi masalah Permatang Pauh kerana hingga kini Barisan Nasional dan PAS dilihat lebih bersedia dari segi calon untuk menghadap PRU14 .






Wan Azizah - Azmin Ali 'tegang' di Permatang Pauh

PERMATANG PAUH 22 April  - Dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati berhubung senarai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14, hubungan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini dilihat berada pada peringkat 'kurang baik'.

Perang dingin membabitkan kedua-dua pemimpin utama PKR itu jelas terlihat ketika kedua mereka hadir melancaran pusat operasi PKR Seberang Jaya di sini hari ini.

Mengikut jemputan awal, Wan Azizah tiada dalam senarai tetamu kerana pusat itu akan dilancarkan oleh Mohamed Azmin pada pukul 2 petang.

Malahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin ketika berucap mengatakan beliau terkejut kerana tidak menyangka Wan Azizah turut hadir serta sampai lebih awal pada 2.20 berbanding Azmin yang tiba kira -kira 20 minit kemudian.

Sejurus nama Mohamed Azmin dipanggil untuk berucap, Wan Azizah yang duduk selang satu kerusi daripada Ahli Parlimen Gombak itu dilihat bangun dan menuju ke keretanya.

Tindakan Wan Azizah itu menyebabkan sekumpulan wartawan bergegas mendapatkan.

Ketika ditanya , ADUN Kajang itu berkata, beliau terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana mempunyai urusan parti iaitu menandatangani watikah calon PKR.

Berhubung senarai nama calon yang dikemukakan oleh Mohamed Azmin yang didakwa ditolaknya, Wan Azizah berkata, beliau mempunyai sebab berbuat demikian.

" Parti mempunyai proses untuk saring semua calon dan akan ada perbincangan terakhir selain mengambil pendapat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada media dari dalam kereta.

Sebuah portal berita awal pagi tadi melaporkan Wan Azizah menolak senarai calon yang dikemukakan oleh Mohamed Azmin.

Antara yang diketepikan termasuk Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dengan beberapa portal pro pembangkang menyifatkan perkara itu sebagai permulaan krisis dalam PKR.
Sumber asal: PERANG KEM KARTEL AZMIN VS WAN AZIZAH BERI MASALAH PKR PERMATANG PAUH

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment