PASAL KEDAI ROTI PUN MAHATHIR SANGGUP MENIPU, APATAH LAGI HAL NEGARA

Posted by Kerah Lekung on Monday 16 April 2018

PASAL KEDAI ROTI PUN MAHATHIR SANGGUP MENIPU, APATAH LAGI HAL NEGARA.
Penutupan rangkaian kedai roti The Loaf memberi kesan yang sangat besar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. Orang ramai bertanya jika berniaga kedai roti pun boleh tutup, apa yang boleh beliau buat untuk negara lagi pada usia 90-an?

Selama 22 tahun Mahathir diselamatkan oleh kantung negara, tidak mustahil jika beliau masih Perdana Menteri, The Loaf akan diselamatkan oleh mana-mana GLC.

Selama 22 tahun Mahathir mengurus negara kita menyaksikan kerugian Bank Bumiputera, Perwaja,
Maminco, MAS, Proton, Bakun (terpaksa diselamatkan), E-Village, Sukan Komanwel, Bank Negara (rugi RM 30 bilion).

Di bawah pentadbiran beliau juga, kadar faedah PTPTN dicaj sebanyak 4%, Tenaga Nasional Berhad diperdaya perjanjian berat sebelah dengan IPP, kerajaan diminta menjamin keuntungan pemegang konsesi tol dan kenaikan tol tiga tahun sekali sebanyak 10% setiap kenaikan.

Dengan kata lain, dari perniagaan besar sehingga kecil, ia akan mendatang masalah apabila diberi kepada Mahathir. Apakah kita akan bagi lagi peluang kepada beliau menjadi Perdana Menteri?

Namun yang lebih melucukan hari ini Mahathir menafi memiliki sebarang pegangan dan pemilikan dalam rangkaian kedai roti The Loaf.

Sila RUjuk Kat Sini
Sumber asal: PASAL KEDAI ROTI PUN MAHATHIR SANGGUP MENIPU, APATAH LAGI HAL NEGARA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment