Dr Abdul Aziz Bari calon melayu kerusi DAP DUN Tebing Tinggi...Wajib Tolak Calun DAP

Posted by Kerah Lekung on Monday 16 April 2018

Dr Abdul Aziz Bari calon melayu kerusi DAP DUN Tebing Tinggi...Wajib Tolak Calun DAP.
IPOH: Dr Abdul Aziz Bari diumumkam sebagai calon Pakatan Harapan mewakili DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi pada PRU14 kali ini.

Pengumuman itu dibuat sendiri penyandangnya, Ong Boon Piow dalam satu ceramah di Station 18, di sini, pada Jumaat.

Dalam ceramahnya, Abdul Aziz berkata, beliau telah bertemu rakyat setempat bagi mendengar luahan mereka.

"InsyaAllah, jika saya dipilih sebagai calon di DUN Tebing Tinggi dan menang, banyak yang kita akan bantu. Tapi biarlah menang sebagai kerajaan, bukan pembangkang.

"Pelbagai tawaran kita senaraikan melalui manifesto seperti kad peduli sihat, bantuan pinjaman kepada usahawan dan sebagainya jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan," katanya dipetik portal AstroAwani.

Hadir sama pada siri ceramah itu, Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh; Ketua Pemuda Sosialis DAP Perak, Howard Lee Chuan How, Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Abdul Aziz yang menyertai DAP pada tahun 2015 pernah bertanding pada PRU13 di kerusi Parlimen Sabak Bernam atas tiket PKR tetapi tewas kepada BN.
Sumber asal: Dr Abdul Aziz Bari calon melayu kerusi DAP DUN Tebing Tinggi...Wajib Tolak Calun DAP

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment