Pakatan ‘Gila, Tak Siuman’ Batal Projek ECRL

Posted by Kerah Lekung on Friday, 6 April 2018

Pakatan ‘Gila, Tak Siuman’ Batal Projek ECRL.

Agaknya itulah cita-cita sebenar Tun M bila jadi PM sekali lagi, dia memang nak lihat Malaysia akan kembali menjadi mundur berpuluh tahun ke belakang demi melenyapkan kejayaan Najib! Tun M kata, Pakatan akan batalkan kontrak-kontrak besar dengan China termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bila menang PRU14.

Tun M, rakyat hari ini, tak serupa dengan nasib Tun anak-beranak dan kroni-kroni. Mereka tak ada jet peribadi, kereta mewah berjuta ringgit. Bukankah ECRL itu memberi manfaat besar kepada rakyat Pantai Timur? 

Sudahlah masa perjalanan makin pendek, bahkan pelbagai sektor seperti ekonomi dan sosial di negeri-negeri di Pantai Timur juga makin berkembang. Tak tahulah, kalau Tun M pun masih nak tindas orang Kelantan dan Terengganu macam dulu-dulu waktu dia jadi PM, dia sekat segala peruntukan dan kebajikan.

Bukan Tun M tak tahu China adalah rakan dagang terbesar Malaysia dalam industri kayu-kayan, minyak kelapa sawit, eksport durian dan sarang burung walit yang menyumbang pendapatan negara RM100 bil setahun! Bukan sikit jumlahnya Tun… Apa Tun fikir anak-anak dan kroni Tun nak ‘menderma’ untuk negara ke kalau Tun jadi PM lagi? Memang tak adalah, semua masuk kocek sendiri!

K7L : Mahathir ni rehat jela.. 

Sumber asal: Pakatan ‘Gila, Tak Siuman’ Batal Projek ECRL

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment