DULU DIA ‘SOUND’ ANAK PEREMPUANNYA, SEKARANG DIA IKUT SEKALI

Posted by Kerah Lekung on Friday, 6 April 2018

DULU DIA ‘SOUND’ ANAK PEREMPUANNYA, SEKARANG DIA IKUT SEKALI.
Kira-kira lima tahun yang lalu, seorang bapa telah menegur anak perempuannya secara terbuka di khalayak ramai. Bukan saya bersuara mengkritik anak sulungnya itu, malah kata-katanya turut dilaporkan oleh media-media tempatan.

Lelaki itu dikatakan malu apabila anak perempuannya itu terhegeh-hegeh menyertai himpunan Bersih. Malah dilihat lebih memalukan, anak sulungnya itu juga secara terang-terangan membela nasib golongan LGBT yang kononnya tidak diberi kebebasan mengamalkan cara hidup mereka di negara ini.

Malah lelaki itu dilaporkan memberi amaran bahawa apa yang dilakukan anaknya perempuannya itu bukan saja salah daripada prinsip yang dia persetujui, malah memberitahu kemungkinan anaknya itu tiada matlamat dalam hidup.

Sementara itu, isteri kepada lelaki berkenaan turut pernah mendedahkan sikap sebenar anak sulungnya itu yang suka memberontak dan radikal berbanding adik-beradiknya yang lain. Keburukan anaknya didedahkan secara terbuka kepada umum…

Semuanya kerana apa? Kerana anak perempuannya itu lebih cenderung kepada pihak pembangkang. Kerana anak sulungnya itu berpendirian liberal, sertai Bersih dan menyokong puak LGBT yang jelas bertentangan dengan agama serta budaya kita orang timur.

Tapi itu semua kira-kira lima tahun dulu. Kini lelaki itu, isteri dan anak lelaki yang dia tatang bagai minyak yang penuh sudah berubah 360 darjah…

Kini dia ikut jejak langkah anak perempuannya yang dia tegur dulu. Dia ikut jalan yang dipilih anaknya dulu. Dia bersekongkol sekali dengan anak perempuan yang dia herdik menerusi media dahulu. Dia rela ‘jilat ludah’ yang dikahakkan pada anak sulungnya dulu.

Kini, dia menghegeh-hegehkan dirinya berbaju kuning seperti anak perempuannya. Diangkutnya isteri dan anak manjanya bersama. Tidak cukup di jalan raya, dia sanggup panjat lori memekik terlolong macam orang Indonesia jual ubat…

Malah lebih memalukan lagi, dia kini bersekongkol dengan musuh-musuh politik yang dulu dia seranah tak cukup tanah selama berpuluh-puluh tahun. Dia sanggup ‘berpeluk’ dengan mereka yang dia tuduh sebagai rasis, anti-Islam, meliwat, berzina dan tidak bermoral.

Bila mereka itu memperalatkan dirinya sebagai ‘simbol’ untuk meraih kuasa, dia sudah terbayang kerusi Perdana Menteri yang dulu dia pernah duduk selama 22 tahun. Nafsu serakah gilakan kuasanya bagai menggila-gila jadinya…

Dia tidak bimbang. Jika orang mengatakan dia ‘gila kuasa’, dia boleh berdolak-dalik mendakwa konon dia ‘berjuang demi rakyat’. Konon ada yang panggil dia untuk menyelamatkan negara.

Penulis tidak pasti sama ada dia seumpama ‘superman’ yang mampu menyelamatkan negara pada usia 93 tahun? Setahu penulis, ‘superman’ tidak pernah dimasukkan berpuluh kali ke IJN dala tempoh beberapa bulan. Mampukah dia memalukan diri sendiri memakai seluar dalam diluar?

Penulis harap sangat dia akan kembali ke pangkal jalan. Jangan hanya kembali sendirian ke pangkal jalan, bawa sekali isteri, anak menantu dan cucu cicitnya. Yang mana ‘tidak cukup kain’, cukupkan kain mereka. Itu lebih bermakna berbanding terus mengejar kuasa!

Namun sekarang, penulis yakin Ambiga sedang tersengih melihat keletah tuanya….

Sumber asal: DULU DIA ‘SOUND’ ANAK PEREMPUANNYA, SEKARANG DIA IKUT SEKALI

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment