BENARKAH ‘MALAYSIA IS A FAILED STATE’ SEPERTI YANG DIDAKWA PEMBANGKANG?

Posted by Kerah Lekung on Friday, 6 April 2018

BENARKAH ‘MALAYSIA IS A FAILED STATE’ SEPERTI YANG DIDAKWA PEMBANGKANG?.
Pakatan pembangkang dari dahulu lagi sememangnya iri hati dengan kejayaan yang dilakukan oleh Kerajaan. Mereka tidak putus-putus untuk menyebar fitnah kononnya Malaysia is a failed state dan bakal bankrap. Padahal faktanya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada suku ketiga tahun lalu berada pada kadar 6.2 peratus, iaitu antara yang tertinggi di dunia.

Kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh negara ini bukanlah cakap-cakap kosong, sebaliknya, fakta-fakta pencapaiannya telah diiktiraf oleh badan-badan penarafan, bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi di persada antarabangsa.

Bukankah Global Competitiveness Report 2017/2018 oleh World Economic Forum meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-23 di dunia, sekali gus merupakan Top Emerging Economy in this region?

Cuba kita flash back janji Pakatan Pembangkang pada PRU-13, pernyataan pembangkang untuk memberikan pendidikan tinggi percuma, ternyata bercanggah. Universiti Selangor, milik kerajaan negeri itu sendiri, yuran pengajian pelajar dan lain-lainnya masih tidak percuma. Siapa yang kena bohong? Rakyat.

Sebaliknya, semenjak 2010 kerajaan memperuntukkan melebihi RM192 bi­lion untuk perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat. Kini, sudah ada 356 buah Klinik 1Malaysia, yang telah menerima 26.7 juta pengunjung. Mana nak ada negara dalam dunia yang memberikan perkhidmatan kesihatan serendah satu ringgit sahaja.

Selain itu, sejak BR1M diperkenalkan, lebih RM25 bilion telah diagih-agih­kan. Itu belum termasuk pemberian BR1M tahun ini (2018) sebanyak RM6.8 bilion ringgit yang memanfaatkan lebih tujuh juta penerima, sehingga jumlah mencapai RM1,200 seorang.

Dahulu dituduhnya BN merasuah rakyat menerusi BR1M. Tetapi sekarang sudah terbalik, dan membuat pusingan U jika mereka memerintah, konsep subsidi bersasar BR1M itu akan ditiru pula pelaksanaannya. Semua pencapaian itu antara secebis kisah BN membantu rakyat.

Bagi parti yang sedang me­nerajui kerajaan ini, penilaian dilakukan oleh rakyat berdasarkan dua kayu ukur. Pertama, adakah janji-janji lepas, telah ditunai dan dilunaskan? Kayu ukur kedua pula, adakah janji-janji baharu yang dibuat akan lebih membawa manfaat.

Perbezaan terbesar antara BN dan pembangkang ialah pada BN, janji dibuat untuk ditepati. Sebaliknya pembangkang hanya pandai menabur kata-kata manis yang tidak dapat ditunaikan sejak tahun 2008 lagi dan di negeri yang diperintahnya.

Kemampuan Kerajaan untuk membiayai peruntukan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, menaikkan kadar bantuan rakyat BR1M kepada rakyat dan banyak lagi merupakan penanda aras yang baik untuk membuktikan kemampuan kewangan negara.

Jelas di sini, Malaysia bukanlah sebuah negara yang dikatakan ‘failed state’ sebagaimana didakwa parti pembangkang. Malaysia adalah sebuah negara yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju.

Sumber asal: BENARKAH ‘MALAYSIA IS A FAILED STATE’ SEPERTI YANG DIDAKWA PEMBANGKANG?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment