Pakatan Bantah ECRL Kerana Takut Kalah....Inilah Lah Bangangnya Pemimpinan PH Ini

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 7 April 2018

Pakatan Bantah ECRL Kerana Takut Kalah....Inilah Lah Bangangnya Pemimpinan PH Ini.
Apa sahaja inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup rakyat pasti dibantah oleh Pakatan Harapan diketuai DAP, lapor Utusan

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal memberi banyak manfaat kepada penduduk di sekitar Pahang, Kelantan dan Terengganu turut tidak terlepas daripada menjadi sasaran serangan mereka.

Bermacam-macam alasan tidak munasabah yang digunakan untuk mewajarkan bantahan mereka terhadap projek ECRL dan projek-projek lain yang dijalankan secara usahasama dengan syarikat-syarikat dari China.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dalam sidang akhbar di bilik media bangunan Parlimen hari ini mendakwa kononnya pelaburan dari China bagi projek ECRL boleh menjejaskan peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan.

Sukar untuk diterima tuduhan Pengerusi PAN Terengganu itu kerana sudah tentu banyak peluang pekerjaan yang diwujudkan semasa projek ECRL dilaksanakan.

Apabila projek itu siap, rakyat tempatan juga yang akan diambil bekerja untuk mengendalikan operasi laluan kereta api sepanjang 688 kilometer yang bermula dari Pelabuhan Klang, Selangor hingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan.

Malah, China Communications Construction Company Limited (CCCC) turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya menerusi Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI)-ECRL bagi melatih tenaga kerja tempatan untuk projek berkenaan.

Jika begitu gayanya, bagaimana pula Pakatan Harapan boleh menuduh rakyat tempatan tidak diberi peluang bekerja untuk projek ECRL?

Agaknya, mereka tahu kejayaan projek ECRL akan meningkatkan sokongan rakyat di kawasan Pantai Timur terhadap BN sekali gus meranapkan peluang Pakatan Harapan untuk merampas Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sumber asal: Pakatan Bantah ECRL Kerana Takut Kalah....Inilah Lah Bangangnya Pemimpinan PH Ini

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment