Ketakutan Mahathir Bakal Jadi Realiti, Kekalahan Bermakna Kematian Legasi Mahathirisme

Posted by Kerah Lekung on Monday, 2 April 2018

Ketakutan Mahathir Bakal Jadi Realiti, Kekalahan Bermakna Kematian Legasi Mahathirisme.
Siapa  yang belum berkelahi dengan Mahathir? Rasanya musuh beliau Singapura merupakan  Negara yang paling banyak sekali bergaduh dengan Mahathir. Semua rakyat tahu tentang itu. Semua orang atau pemimpin yang tidak bersetuju dengannya akan dicabar. Ini lah Mahathir yang sebenarnya.

Penyokong yang ada sekarang hanya tahu Mahathir itui adalah  manusia yang membina KLCC,  membina SIC, Membina Putrajaya sedangkan sebahagian besar pembinaannya menggunakan kaedah konsesi yang membebankan rakyat.

Sebenarnya Mahathir adalah seorang manusia paling sombong, bongkak dan tidak akan mendengar apa juga bentuk pandangan dari orang lain. Manusia yang paling angkuh dari Karala yang pernah dilahirkan. Kelahiran yang penuh dengan kesombongan  dalam politik Malaysia.

Mahathir pernah bertelingkah dengan  Amerika, British , Singapura dan  Australia. Sikap suka bergaduh ini telah mengingatkan kita  kepada seorang pemimpin diktator yang  berada di Negara  Uganda satu ketika dahulu yang mana amat genar bergaduh dan kejam terhadap rakyatnya.

Mahathir bertelingkah dengan orang Cina pada 1969 (dan kalah pilihan raya umum pada tahun yang sama apabila orang Cina mengundi Yusuf Rawa daripada PAS sebagai pengajaran untuk Mahathir. Ini akibatnya apabila kebencian rakyat Malaysia  terhadap Mahathir.

Malah Mahathir bergaduh dengan semua perdana Menteri di Malaysia dan semuanya  dikatakan bersalah dan hanya dia sahaja di Malaysia ini yang betul segalanya. Kata-kata nya tidak langsung boleh dihalang.

Siapa tidak kenal dasar diktator Idi Amin di Uganda , malah diserata dunia mengenalinya  bukan kerana  hebatnya kepimpinannya , bukan kerana hebatnya menjaga kebajikan rakyat, bukan kerana keprihatinannya. Tetapi kerana sikap suka bergaduh dengan sesiapa sahaja.

Di Malaysia, Mahathir juga dikenali sebagai Idi Amin. Sebenarnua ini bukan satu penghormatan untuk Malaysia, malah ianya merupakan satu penghinaan yang memalukan bagi Malaysia. Ini adalah kerana Idi Amin adalah seorang yang gila dan berada  tempat kedua selepas Hitler. Memalukan.

Mahathir suka  mencari pasal dengan Singapura yang dianggap ancaman kepada Malaysia, sekarang ancaman yang dikatakan itu telah dilepaskan ikatannya dimana Mahathir  telah bersama sama DAP dan pembangkang yang lain bersama mengiktiraf Singapura sebagai rakan karib DAP.

Mungkian kita masih ingat lagi bagaimana Mahathir  mengelarkan Singapura sebagai sebuah Negara proksi bagi Israel. Beliau menggelar Singapura sebagai Israel Asia dan orang Singapura tiada bezanya dengan Yahudi.

Untuk kekal popular Mahathir mesti mencari perbalahan dengan Negara yang mempunyai proksi Yahudi seperti Singapura, kerana bagi Mahathir memusuhi Yahudi bakal menjadikannya popular dan terus kuat dan dikenali diseluruh dunia kerana berani  dengan Yahudi.

Sebenarnya dari sudut moralnya Mahathir telah kalah, beliau sudah tidak lagi mampu untuk mengalahkan anak didik terbaiknya Najib Razak yang hanya banyak mendiamkan diri dalam percaturan yang dilakukan oleh Mahathir.

Sebenranya Mahathir tidak suka dengan satu perkataan dalam hidupnya. Perkataan ini merupakan petanda kecelakaan dalah pengakhiran kehidupannya. Perkataan tersebut ialah “ Kekalahan”.  Atas sebab inilah Mahathir dalam usia 93 tahun masih mahu melihat semua orang mengikut telunjuknya.

Benda yang Mahathir paling benci dalam dunia ini adalah kekalahan. Dia mesti menang dengan apa cara sekali pun, sama ada dengan adil ataupun tidak. Jika dia kalah, dia akan mati, secara literal mahupun kiasan. Bagi Mahathir, kekalahan lebih teruk daripada kematian.

Ramai yang menjangkakan Mahathir akan “tersungkur” dipentas pembangkang, “Kematiaan” dalam penuh penghinaan sebagai saorang yang dahulunya negarawan kini sebagai pengkhianat kepada Agama, Bangsa dan Negara. Semuanya itu hanya Allah sahaja yang tahu dan mengizinkan.

Mesti menang dengan apa cara sekali pun, sama ada dengan adil ataupun tidak. Jika dia kalah, dia akan mati, secara literal mahupun kiasan. Bagi Mahathir, kekalahan lebih teruk daripada kematian. Semua yang dilakukan olehnbya bukan kerana perjuangan bangsa atau politik tetapi untuk si boboinya yang manja.

Jadi penyokong yang ada sekarang sedang berjuang untuk simanja Mahathir dan bukan seperti slogan yang dikatakan pada awalnya iaitu untuk  rakyat, untuk selamatkam Malaysia, tetapi mencari ruang untuk menjatuhkan Najib dan seterusnya untuk menjadi Perdana Menteri agar senang siboboi naik keatas.

Menjatuhkan Najib bukan semudah yang dilakukan terhadap Ghafar, Hussien Onn, Tengku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi, Ini adalah kerana perkembangan teknologi memudahkan rakyat mendapat maklumat dan meyebarkannya.

Inilah yang sedang berlaku sekarang dimana  sudah 5 tahun Mahathir melakukan kepelbagaian cara  untuk menjatuhkan Najib , sehingga kini segala usahanya gagal sehingga menyebabkan dia terpaksa bersekongkol dengan musuh politik yang dikatakan mempunyai hubungan dan talibarut kepada Israel Asia iaitu DAP.

Jika isu 1MDB sehingga kini masih lagi tidak mampu untuk menjatuhkan Najib, ia bermaksud isu itu tidak akan menjatuhkan Najib sehingga bila-bila pun. Semuanya dapat disanggah dengan segala bentuk pembuktian yang tiada semasa zaman  Mahathir menjatuhkan bekas perdana menteri sebelum ini.

Pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil serentak di Kuala Kangsar dan Sungai Besar secara jelasnya telah membuktikan bahawa 1MDB tidak boleh melakukan apa yang diharapkan oleh Mahathir. Adakah ianya tidak gila untuk Mahathir melakukan perkara yang sama berulang kali tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza?

Mahathir risau ini akan menjadi titik akhirnya. Pengakhiran dimana simanja boboinya akan tersungkur tanpa pegangan kuasa dan politik walaupun rakyat tahu semasa  boboi menjadi  Menteri Besar , sebenarnya tiada apa yang mampu dilakukan olehnya untuk negeri Kedah.

Inilah realiti yang patut Mahathir sedar, tetapi tidak. Sebaliknya, dia menyalahkan Najib kerana kekalahan Mukhriz dan bukannya menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia telah meninggalkan Mahathirisme sebagai nota kaki dalam sejarah.

Secara realistiknya, Mahathir tidak mempunyai masa kerana usianya dan juga masalah kesihatannya dan Parti Pribumi barunya juga memerlukan masa untuk membuktikan keberkesanannya – jikalah ianya mampu sekali pun.

Justeru itu, menyelami kata kata Albert Einstein : “Gila ditakrif sebagai melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali, tetapi mengharapkan hasil yang berbeza”- Adakah Mahathir sekarang sedang mengalami masalah untuk mengatakan dia sudah tidak mampu lagi dan akan menggunakan apa cara sekali pun untuk tidak berada di dalam perkataan “Kekalahan” dan baginya ialah “Kematian”.

Sumber asal: Ketakutan Mahathir Bakal Jadi Realiti, Kekalahan Bermakna Kematian Legasi Mahathirisme

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment