EMPAT SEBAB UTAMA KENAPA PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK AKAN MENANG

Posted by Kerah Lekung on Monday, 2 April 2018

EMPAT SEBAB UTAMA KENAPA PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK AKAN MENANG.
Sudah berbelas kali PRU diadakan dan Baraisan Nasional kekal memerintah Malaysia hingga ke hari ini. Antara sebab-sebab utama kegagalan pembangkang ialah:

1. Rakyat sudah muak dengan segala fitnah dan tohmahan liar pembangkang yang kebanyakannya bercanggah dengan realiti sebenar. Banyak fitnah dan tohmahan telah dibutikan tidak benar hingga ramai pemimpin pembangkang disaman atau terpkasa meminta maaf. Tohmahan-tohmahan ini bukan sahaja merugikan wang ringgit, masa dan tenaga, malah telah mengganggu urusan pentadbiran dan ekonomi negara. Fitnah dan tohmahan ini hanya menjadikan mereka "hero kampung" dikalangan penyokong tegar mereka dan mereka hanya "syok sendiri" dan tidak mampu menarik minat lebih ramai rakyat. Rakyat yang bijak dan matang tidak lagi percaya bulat-bulat kepada segala fitnah-fitnah ini kerana mereka boleh mendapatkan maklumat yang lebih tepat dari berbagai sumber.

2. Pakatan pembangkang sering mendakwa mereka boleh mentadbir kerajaan dengan lebih baik. Tetapi apabila mereka mendapat peluang memerintah di Pulau Pinang, Selangor dan juga Kelantan, mereka tidak berjaya mentadbir negeri-negeri itu sebaik pentadbiran BN, malah pentadbiran mereka lebih buruk lagi dan terpalit dengan berbagai skandal termasuk rasuah, salah-guna kuasa dan ketidak-cekapan mentadbir.

3. Pakatan pembangkang hanya pandai mengkritik kerajaan termasuk perkara-perkara yang baik untuk rakyat, tetapi dalam masa yang sama mereka gagal memberikan alternatif yang praktikal. Segala janji bulan dan bintang tidak berpijak di bumi nyata dan janji-janji itu gagal dilaksanakan bila mereka mentadbir negeri-negeri yang mereka menangi. Dan apabila gagal, sekali lagi mereka munuding jari kepada kerajaan pusat.

4. Pakatan pembangkang tidak mempunyai barisan pemimpin berkualiti untuk memerintah Malaysia, apa lagi membawa negara bersaing diperingkat global. Kebanyakan pemimpin-pemimpin utama mereka adalah bekas peimimpin-pemimpin Umno. Mereka hanya pandai mengkritik tetapi tidak mempunyai kecekapan dan kemahiran untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik. Ini diburukkan lagi bila antara mereka tiada persefahaman dan mereka sering bergaduh sesama-sendiri.

Sumber asal: EMPAT SEBAB UTAMA KENAPA PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK AKAN MENANG

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment