Apabila menyebut nama DAP, ingatan kita pasti tidak dapat lari dari imej ultra kiasu yang dijulang mereka sebagai identiti parti. Malah, ianya dikuatkan lagi dengan slogan Malaysia Malaysian yang selama ini menjadi pegangan kuat DAP sejak dari awal penubuhannya pada tahun 1966.
Dalam konteks ini, DAP amat menyedari, adalah sukar untuk mereka merealisasikan impian mereka membentuk sebuah kerajaan Republik berteraskan Malaysia Malaysian idaman mereka. Justeru, bagi membolehkan mereka merealisasikan impian ini, mereka menjalinkan kerjasama dengan beberapa parti pembangkang Melayu yang mereka rasakan boleh diperkudakan semahunya.
Mari kita imbas sebentar rentak dan belang DAP sejak 1995. Sejak sekian lama, DAP memilih untuk berjuang bersendirian. Namun, menyedari akan hakikat kesukaran mereka menyerap pemahaman penuh liberal di dalam jiwa kaum Melayu yang menjadi halangan utama mereka bagi menawan Malaysia, mereka mula berbaik-baik dengan beberapa parti Melayu yang cuba menentang UMNO dari luar.
Parti seperti Semangat 46 dan PAS dilihat sasaran mudah DAP kerana keinginan mereka mahu menumbangkan UMNO yang pada masa itu di pimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. PAS dengan dendam kesumat mereka sejak 1978 manakala Semangat 46 yang di ketuai oleh Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah pula dilihat parti yang penuh dengan dendam dan kekecewaan mereka terhadap UMNO dan seterusnya membentuk parti serpihan.
Gabungan yang diberi nama Gagasan Rakyat ini cuba untuk meruntuhkan kekuatan UMNO dan BN namun akhirnya cubaan pertama DAP menerusi gabungan ini, gagal. Tidak berputus asa, mereka cuba kembali bersama PAS dan bekas ahli-ahli UMNO yang marahkan UMNO atas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1999. Namun cubaan ini masih juga gagal walaupun cubaan ini menampakkan sedikit peningkatan.
Pada 2003, DAP membentuk pula satu pakatan dengan PAS yang menyaksikan tertubuhnya Barisan Alternatif. Antara lain, pakatan yang turut disertai Parti Adil (PKR hari ini) ini menyasarkan untuk menggantikan sebuah kerajaan dengan menjadikan Tun Dr Mahathir sebagai sasaran. Pelbagai fitnah dan dakwaan dilemparkan hanya semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.
Cubaan ini juga gagal kerana pada ketika itu, Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berjaya memimpin BN meraih 198 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 11 pada tahun 2004. Seperti sebelum ini, DAP bertindak membubarkan Barisan Alternatif beberapa tahun kemudian dan membentuk Pakatan Rakyat pada tahun 2008.
Menerusi Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP selaku ketua utama, PAS, PKR dan PSM, mereka menyasarkan untuk melemahkan Barisan Nasional dan seterusnya cuba memenangi Pilihan Raya ke 12 ini. Ianya dibuktikan semasa hari keputusan penuh diumumkan yang menyaksikan buat pertama kalinya, pakatan pembangkang berjaya meraih kerusi terbanyak iaitu 82 buah kerusi Parlimen.
Namun, jangka hayat pakatan yang dibentuk DAP ini juga tidak panjang kerana sebaik sahaja berjaya menambah 6 lagi kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 13, PAS bertindak meninggalkan Pakatan Rakyat yang mana PAS mendakwa, DAP hanya mempergunakan PAS dan tidak menghormati agama Islam.
Sekali lagi, DAP tidak berputus asa dalam memperkudakan Melayu apabila pada September 2016, DAP membentuk pula Pakatan Harapan dengan misi dan visi yang sama. Kali ini, tempat PAS digantikan dengan PAN, parti yang menerima tajaan sepenuhnya dari DAP selain penyertaan musuh lama DAP, Mahathir dan PPBM kedalam pakatan pembangkang yang baru ini.
Lihat sahaja bagaimana DAP tidak pernah berputus asa mempergunakan Melayu pembangkang hanya untuk memastikan mereka kekal berkuasa. DAP akan melakukan apa sahaja asalkan kaum Melayu yang selama ini menjadi halangan utama mereka untuk berkuasa, dijadikan hamba termasuk mempergunakan Melayu untuk memecah belahkan kesepakatan Melayu itu sendiri.

Sumber asal: DAP Tidak Pernah Puas Memperkudakan Melayu Untuk Malaysia Malaysian
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment