BATAL ECRL: PAKATAN MAHU PANTAI TIMUR TERUS MUNDUR???

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 5 April 2018

BATAL ECRL: PAKATAN MAHU PANTAI TIMUR TERUS MUNDUR???.
Agak menghairankan juga apabila Pengerusi Pakatan Haprak tu beria-ia mahu membatalkan projek pembinaan East Coast Rail Line (ECRL) jika mereka berjaya merampas Putrajaya.


Alasan yang dinyatakan secara terbuka sebelum ini kononnya projek itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat serta menelan kos perbelanjaan yang cukup besar.


Apa yang menghairankan ialah cadangan bagi mewujudkan projek rel keretapi merentasi kawasan Pantai Timur dicetuskan pada ketika Pengerusi Pakatan Haprak tu masih menjadi Perdana Menteri.


Diantara justifikasinya, pembinaan rel keretapi tersebut akan membantu membangunkan ekonomi dikawasan Pantai Timur yang didapati ketinggalan dari kawasan Pantai Barat Semenanjung.


Malah cadangan untuk membina rel keretapi itu juga termasuk merupakan salah satu daripada rancangan Wawasan 2020 yang juga merupakan cetusan ilham dirinya sendiri sebelum ini.


Dan secara umumnya, objektif utama dalam perancangan wawasan itu adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju secara menyeluruh menjelang tahun 2020.


Maka persoalannya, adakah Pakatan yang hendak memerintah Negara selepas PRU yang akan datang mahu rakyat dikawasan Pantai Timur ini terus ketinggalan seperti yang berlaku pada ketika Tun Mahathir memerintah sebelum ini?

Sumber asal: BATAL ECRL: PAKATAN MAHU PANTAI TIMUR TERUS MUNDUR???

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment